Teks : monalita mansor
gambar : carian google
daripada monazman.blogspot.com ditulis pada SUNDAY, 3 FEBRUARY 2013
Nota : tips ni tak ada kena mengena dengan kedatangan Psy ke Malaysia sempena CNY ya...
Sebenarnya, Che’ yang rasa topik ni berat, macam tak terdaya kaki menyeretnya sebab tu Che’ berhenti kelmarin. Semalam, Che’ berehat seketika, masih menilai-nilai amal, menginsafi kepulangan sepupu suami Che’ yang kembali ke rahmatullah semalam. Dipinjamkan Allah selama 18 tahun. Che’ masih bernyawa sampai saat ini, berapa banyak pula dosa yang Che’ buat setiap hari. Che’ takut dengan seksa kubur.
Dilanjutkan dengan topik watak dan perwatakan, Che’ rasa kalau Che’ ambil PMR tahun ni, dengan teks kajian KOMSAS tu, pasti, dengan yakin Che’ tak boleh lulus. Rasanya banyak lagi rahsia dalam teknik-teknik penulisan yang Che’ belum baca. Nanti Che’ gagau-gagau mana-mana library lagi, cari buku dan kita kongsi kat sini ya...
Sahabat dan kerabat yang Che’ sayang...
Selanjutnya Pak Othman Puteh menegaskan bahawa pengarang yang BIJAKSANA adalah pengarang yang:
-
Bertindak mengawal minda pembaca untuk ‘lekat’ dengan karyanya.
- Berusaha sehabis baik untuk khalayak sentiasa ingin tahu apa berlaku pada watak-wataknya.
Tetapi,
Untuk mengawal orang lain, kita perlu kawal diri (penulis) dahulu. Jumaat, dalam Tanyalah Ustazah, Ustazah Asni Mansor berkata, kita memang tak boleh ubah orang untuk cintai/sukakan kita, tapi kita boleh ubah diri kita untuk dicintai. Sebaiknya kita, untuk menjadi penulis, sentiasa menjaga aura positif kita. Pastikan ia sentiasa melebihi aura negatif. Aura positif tu apa?
SENYUM. Senyum dulu dalam masa sebulan ni. bulan depan cuba tengok apa yang berlaku. Lepas tu komen kat bawah ya.
Sambung...
Sebagai penulis, kita harus terlibat sama dengan watak. Berlaku jujurlah dengannya. Contoh: jika anda jaki jipang tahap jin toncit dengan Shah Rukh Khan, tapi kerana khalayak pembaca sukakan dia, andapun menulis. Anda paksakan diri anda tentang dia, watak protagonis pula tu. Che’ pasti 200% tak sampai 100 muka surat, karya anda akan ‘putus’
Penulis perlu tahu serba sedikit psikologi manusia. Mengenal setiap jenis ‘perasaan’ sama ada baik atau buruk. Ilmu bantu itu sebenarnya ada dalam diri kita, juga orang-orang di sekitar kita. ‘baca’ mereka, ‘perasaan’ mereka melalui aksi, respon dan perkataan mereka.
Watak-watak di dalam karya juga harus berubah. Ingat, karya kreatif ialah berkenaan kemanusiaan. Hakikat penciptaan manusia itu sendiri ialah tiada ketetapan. Boleh berubah-ubah. Bagaimanapun,jangan ubah watak tergesa-gesa!
Contoh : Ombak Rindu
AA tetiba aje jadi baik. Sayangkan MK tanpa sebab walhal semalam dialah manusia paling dingin dan keras macam ais di Alaska. Alih-alih hari ni, tak ada ribut, tak ada tsunami dia berubah. Penulis tak memberitahu walaupun bagi hint kenapa AA berubah. Best tak cerita macam tu? Best, tapi tak mendebarkan! (Apa nama watak AA dlm Ombak Rindu?)
Dr. Othman Puteh (1992:34) seterusnya mengungkap bahawa penulis harus memaparkan watak secara wajar.
Paparan
Watak fizikal – suara gaya, fizikal dan penampilan (barang harus diingat, dalam sastera hasanah, pemaparan watak-watak ini adalah tugas watak sendiri, bukan tugas penulis)
Semakin lama, semakin mendalam pemaparan tentang perasaan dalam watak. Menyoroti istilah tak kenal maka tak cinta. Semakin kita mengenal watak itu, semakin dalam yang kita ingin tahu tentang dirinya.
Dr Othman Puteh (1992:34) berkata “sewaktu anda melukiskan watak, berilah kesempatan watak-watak itu bergerak, beraksi sendiri. Justeru itu, dedahkan (show) watak-watak itu kepada pembaca dan elakkan dari menjelaskannya (tell). Dengan kata lain, dalam cerita anda itu, tunjukkan sahaja kepada pembaca anda, jangan beritahu atau jelaskan watak itu kepada pembaca. Inilah dikatakan dramatizing. Untuk memungkinkan hal ini, pengarang haruslah tidak campur tangan, tidak memberi komentar, dan yakinlah pada watak-watak itu”
Inilah juga kelemahan Che’ yang cuba Che’ perbaiki ketika menulis :- sibuk nak campur tangan dalam konflik dan watak dengan memberi pendapat.
Contoh memberi pendapat : Hana memandang wajah adiknya. Mungkin merasakan adiknya tidak memberikan perhatian, dia menjerit ... perkataan mungkin merasakan adalah campur tangan penulis, pada pendapat Che’. Sebab, penulis sudah memberitahu pembaca. Padahal hal itu boleh diberitahu oleh watak sendiri.
Akhir kata, untuk lahir sebagai penulis, diri perlu akrab dengan pelbagai pengetahuan seperti kemanusiaan dan alam yang menjadi nilai tambah yang cukup baik.
Watak kita tidak boleh bergerak di dalam kekosongan dan latar juga akan kosong tanpa watak. Di dalam novel-novel yang berjaya, watak yang teliti dan tuntas pemaparannya adalah kunci utama. Maka penciptaan watak imaginasi yang logik adalah tulang belakang penciptaan karya.
eh, kelas Asas blog untuk Oktober masih dibuka tau, ada tambah 1 lagi e-book percuma. Di samping tu, e-book Asas blog akan diberi kepada anda terlebih dahulu untuk anda memahami dan mendapat gambaran bagaimana nak menjadikan blog anda blog terhangat.
daftar dengan saya, Monalita Mansor hari ini jugak.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D