Sunday 13 October 2013

Soalan Lazim Tapi Kita Tak Ambil Tahu Tentang Sewa Beli Kereta -1

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar :

Assalamualaikum dan Salam Serumah tangga.  Bismillah.

Saya kompakkan soalan-soalan lazim dalam versi yang lebih mudah untuk anda baca

S  :  Berapakah amaun yang saya boleh pinjam untuk beli kereta?
J   :  Margin pembiayaan bergantung kepada kedudukan kredit anda, komitmen dan pendapatan anda.  Kebiasaaannya tidak melebihi 90% daripada harga belian atau lebih rendah.

S  :  Berapakah jumlah deposit yang saya kena bayar?
J   :  Deposit minimum ialah 10% daripada harga belian.  Tetapi, syarikat kewangan boleh meletakkan nilai yang lebih tinggi

S  :  Berapakah kadar faedah yang akan saya tanggung (walaupun sebenarnya saya tak pedulipun, asalkan saya boleh pakai kereta baru)
J  :   Kadar faedah adalah tidak melebihi 10% setahun mengikut kadar sama rata (flat rate)

S  : Kalau selepas 14 hari saya dan penjamin belum dapat salinan perjanjian, macam mana?
J   : Hubungi pihak syarikat kewangan.  Jangan anggap yang mereka tahu anda tak tahu.

S  :  Bolehkah saya  mengambil polisi insurans syarikat lain selain daripada panel syarikat kewangan?
J   : Boleh.

S  :  Bolehkah saya simpan geran kenderaan saya?
J   :  Terpulang kepada syarikat kewangan.  Ada yang membenarkan dengan bersyarat dan ada yang tidak.  Untuk pembaharuan insurans dan cukai jalan, mereka yang akan menguruskannya.

S:  Boleh ke saya kurangkan jumlah ansuran sebab ada masalah kewangan?
J  : Sebaik-baiknya berbincang dengan syarikat kewangan, tetapi pada kebanyakan masa, tidak boleh!

S : Boleh ke saya buat penyelesaian awal (early settlement) dan ada rebat tak?
J  : Boleh dan anda berhak mendapat rebat ke atas faedah sahaja

S  :  Kalau saya tak bayar ansuran bulanan?
J   :  Anda akan menerima beberapa notis bermula dari tempoh 14 hari selepas bayaran tidak diterima dan akhirnya kenderaan boleh ditarik.

Anda tahu tak, jika anda bercita-cita menjadi penulis alaf baru, Kelas Asas blog adalah destinasi pilihan anda.  Di dalam ebook Asas Blog yang baru dikemaskini, kami diajar bagaimana untuk menulis secara konsisten sehingga boleh menghasilkan sebuah ebook.

daftar sekarang, jangan lepaskan peluang keemasan ini.  Hubungi nama ni Monalita Mansor di facebook. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung