Friday 18 October 2013

Galeri Aspirasi

Pemunya blog ini bukan sesiapa pun. Tak pernah terukir namanya dalam carta penerima hadiah sastera atau apa pun. Hanya apa yang terkumpul di dalam blog ini adalah perkongsian pandangan pemunyanya sendiri berdasarkan sumber-sumber yang diperakui. Insya-Allah

Galeri ini adalah sebagai penghargaan buat diri sendiri, atas penat lelah, tangis jerih yang memungkinkan karya-karya ini terlahir.  Pasti juga kesyukuran untuk Allah dan Rasul-Nya, atas limpah kurnia ilham dan semoga terhindar dari sifat riyak.  Nauzubillah



Al Baqarah ayat 264
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Berita Harian 9 Nov 2014



November 2014

liputan akhbar lawatan Grup Mari Menulis ke GBK pada 25 September 2014


a



Cerpen : Tiga Perempuan Yang Aku Cintai di Mingguan Wanita 5-11 September 2014



Novel terbaru : Mentua Aku Shogun Tokugawa beredar di pasaran September 2014, insya-Allah.

Artikel pertama dalam ruangan Meniti Hidup majalah Era Muslimah Jun 2014



Artikel dengan pantauan rapi editor Era Muslimah, Kak Nik Fauziah terbit April 2014



Ruangan Galeri Buku, Kosmo 26/3/2014





NOVEMBER 2013
OKTOBER 2013
JUN 2013
MEI 2013
APRIL 2013
APRIL 2013
APRIL 2013
APRIL 2013
MAC 2013
MAC 2013
MAC 2013
MAC 2013
JANUARI 2013
JANUARI 2013
ERA 2000


Pemenang Tempat Pertama Peraduan Mengarang Cerpen dan Sajak sempena hari kasih sayang anjuran majalah Jelita.  Tajuk cerpen : Hijrah Kasih
Sajak Aduhai Ibu di majalah Jelita 2006
Sajak : Pernahkah Kau Berterima kasih, Lelaki dalam majalah Jelita 2005
ERA 90 AN

Mengabadikan kisah realiti hidup sendiri dalam Tabahlah Baiti Adlin, Jelita 1998
Mengabadikan kisah cinta zaman pengajian dalam cerpen bertajuk Kekal.  Tersiar di majalah Jelita 1995
Cerpen di majalah Dinamik 1991. Tajuk : Statusisme -masih menggunakan nama samaran Atilla A.M.
Antologi cerpen peserta Minggu Penulis Remaja 1991.  Tajuk cerpen : Anak Juang
Antologi cerpen peserta Minggu Penulis Remaja 1991 - Tajuk cerpen : Surat
Pemenang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat DBP 1993 kategori cerpen : Tajuk cerpen : Teja, Nokhtah Masih Jauh
Pemenang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat DBP 1992 kategori cerpen.  Tajuk cerpen : Mawar Di Tengah Rimba
Pemenang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat DBP 1991 kategori cerpen.  Tajuk cerpen : Anak Juang
Majalah Remaja 1991, menggunakan nama samaran Atilla A.M.

4 comments:

  1. wah kagumnya saya...mampukah saya menjadi seperti cikgu?rasanya tak pernah terlintas dek akal...huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan kagum tu Fyda. Hak Allah belaka. Saya tak ada apa-apa. Ada hasrat kecil aja...

      Delete
  2. congrats mona, tumpang bangga :):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih. penulis kecil-kecilan, walaupun badan tak kecil...hihi

      Delete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung