Saturday 14 June 2014

Macam-Macam Ada 11 : Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Penulis

PERWATAKAN

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ada pada satu-satu ketika, banyak perkara tak terjangka berlaku. Meskipun perancangan rapi kita lakukan, aturan Allah tidak dapat kita atasi, walau sehebat mana pun kita dalam bandingan sesama manusia. Maaf, sekadar luahan rasa apabila memikirkan kematian itu rupa-rupanya berjarak sekadar sekerdip mata.

Diteruskan dengan tutorial kesalahan yang biasa dilakukan. Kali ini kita 'twist' sikit dan masuk ke dalam karya-karya yang sedang diusahakan. Kita tengok apa yang berlaku dan hindarkan kalau kita ada buat. Secara mudahnya karya kreatif adalah subjektif berbanding dengan karya non-kreatif yang terikat pada fakta.

Walaubagaimanapun, ia masih perlu dipandu dengan tatabahasa yang betul, penceritaan yang berasas (logik), estetika kepengarangan, (kebolehan mencantikkan latar dan watak) dan tidak terkecuali tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, perkauman dalam penceritaan yang lurus dan tidak berasas.
Topik perwatakan pernah saya kupas sebelum ini dalam fail Grup Mari Menulis. Untuk penulis, jika merasa terlalu sukar untuk menulis perwatakan semasa berkarya, senaraikan dulu. Perwatakan ialah ciri-ciri luaran dan dalaman watak. Ciri luaran meliputi fizikal seperti tinggi, rendah, bentuk wajah dan ciri dalaman meliputi perasaan atau mentaliti watak.
Baca contoh di bawah dan perhatikan perkataan kakak sepupu yang diulang-ulang. Di sinilah, keperluan penulis menyenaraikan perwatakan kerana ia akan menjelaskan lagi siapa kakak sepupu yang disebut-sebut penulis semenjak tadi. Contoh perwatakan yang anda boleh beri dan gantikan dengan perkataan kakak sepupu ialah:
1. berwajah bulat
2. bermuka lembut
3. tinggi lampai
4. berbadan rendang
5. lembut bicara
6. berfikiran terbuka

“Am kata, Umaira ni ada ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak.” Mukadimah yang keluar dari perbicaraan pertama bersama kakak sepupu Amsyar.

            “Ya ada… cuma sekarang, saya sedang mengumpul pengalaman,” jawab Aisya Umaira, jujur.

            “Ooo ada perancangan untuk buka tadika juga?”  tanya kakak sepupu Amsyar lagi.

        “Insya Allah sedang dalam perancangan.” Aisya Umaira memandang Amsyar di sebelah. Ingin sekali Aisya Umaira bertanyakan samada kakak sepupu Amsyar ini tahu perhubungan antara mereka berdua atau tidak.

Perhatikan, betapa terganggunya pembacaan pembaca kalau perkara yang sama diulang-ulang dan tidak membantu naratif mahupun dialog.

Kalau anda ada ilham untuk menambah, tambahlah sendiri. Asalkan ia tidak melanggar hukum logik seperti bertubuh kekar atau bermisai lebat untuk watak seorang kakak sepupu. 


Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansoremel: monalitamansor@gmail.comwhatsapp: 011 19737269





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung