Friday 3 April 2015

Masjid Imam At-Tarmizi Seri Sentosa


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Kamera Blackberry

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah. Bismillah.

Anda ingat tak lagi kisah hangat sekitar awal 2000-an tentang kepala ‘vavi’ yang dibuang di sebuah masjid di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur? Isu hangat dan sensitif itu kemudiannya berentetan dengan beberapa kes lain dan balas-membalas pulak.

Bukan itu saya nak cerita. Yang saya nak ceritakan ialah masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Imam At-Tarmizi Jalan Kelang Lama. Di masjid inilah berlangsungnya kursus haji selama 17 siri pada setiap Ahad bermula 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Lokasi tepat masjid ini ialah berhadapan dengan Giant Seri Sentosa dan berdepan juga dengan tapak pasar malam Seri Sentosa pada setiap Khamis malam Jumaat. Jadinya, kalau tengah membelek barang yang dah ditambah GST tu dan terdengar azan, bolehlah letak dulu. Bak kata iklan TM, tiada panggilan yang lebih mulia selain daripada panggilan azan.

Masjid ni besar, luas dan selesa, walaupun pandangan zahir dari luar pagar tidak begitu. Ruang solatnya mempunyai 3 lantai. Tandas dan tempat wuduk terjaga rapi dan diiktiraf dan dengan pelabelan yang rapi, saya tahu ia mempunyai sistem yang sangat sistematik.
Tandasnya terletak di sebelah kanan pintu masuk atau kalau anda masuk melalui pintu pagar berdepan dengan Giant, jalan terus dan jangan belok-belok. Jika pintu gril tandas terkunci, anda boleh masuk melalui sayap barat dan belok ke kiri.


Nanti, saya kongsi lagi lokasi dan jarak tandas masjid yang lain pula. Kenapa?

Berbanding jemaah lelaki, jemaah wanita lebih sensitif dengan keberadaan tandas, itu yang saya perhatikan. Jarak tandas dengan dewan solat pun boleh jadi isu. Maklum aje, banyak angin. Kalau jauh sangat, dalam perjalanan, ‘tangki gas’ boleh meletup! Itulah dialog yang pernah saya dengar di Masjid Negara. Bagaimana seorang jemaah wanita boleh berpatah balik, berwuduk dan bersolat di tempat lain (husnuzon) kerana tandas dan tempat wuduk Masjid Negara jauh sangat!


Lagipun, bukan senang nak bukak semula tudung yang dah dipin rapi, dipintal dipusing dan diputar berdarjah-darjah dan dah terletak elok di atas bahu tu kan…kan…? 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung