Sunday, 8 June 2014

Macam-Macam 9 : 101 Kesalahan Biasa Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : koleksi peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Apabila berbincang mengenai kata bila dan apabila, tidak banyak, sedikit pasti timbul kekeliruan mengenai penggunaan kedua-dua frasa tersebut

Suka ditegaskan sekali lagi iaitu, bila hanya digunakan dalam ayat tanya dan apabila pula berfungsi sebagai kata hubung keterangan. Selalu berlaku ialah apabila kata bila dirujuk sebagai kata hubung dan mengambil alih fungsi apabila sebagai penanda klausa.

Contoh:

SALAH :

Bila dia muncul, sila beritahu saya.

BETUL:

Apabila dia muncul, sila beritahu saya.


SALAH :

Kami memang kecut perut bila kakak meninggikan suara.

BETUL :

Kami memang kecut perut apabila kakak meninggikan suara.


SALAH

Dia selalu ketawa bila saya bercerita.

BETUL 

Dia selalu ketawa apabila saya bercerita.


SALAH:

Saya memang risau bila dia lambat sampai. Apabila agaknya dia akan tiba?


BETUL:

Saya memang risau apabila dia lambat sampai. Bila agaknya dia akan tiba?


Diharapkan pencerahan ini dapat membantu anda membezakan bila dan apabila.



Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269





No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung