Thursday 19 September 2013

Catatan Pengalaman Rentasan 4 Negeri (3)

Teks     :   Monalita Mansor
Gambar:   Koleksi Persendirian dan Carian Google
Zizan Razak ke?


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Meninggalkan Hospital Raub dan momen bersama seorang sahabat di alam persekolahan terpahat kukuh di dalam ingatan sehinggalah kami meneruskan perjalanan ke Felda Sungai Koyan 1.  Destinasi seterusnya ialah majlis perkahwinan Firdaus dan Atikah.  Firdaus merupakan adik lelaki kepada biras saya dan ini adalah kali ketiga saya mampir ke kawasan tanah rancangan Felda ini selepas 13 tahun.
geram dengan pisang ni, 'gebu', kata omak


Perjalanan dari bandar Raub ke Sg Koyan 1 mengambil masa saya kira lebih kurang setengah jam.  Teringat pada almarhum nenda dan nenda saudara suami (al fatihah, untuk kedua-dua mereka)

"apo namo ea...tak sampai-sampai.  Dah berapo kali den tidur dah.  Bangun tak jugo sampai.  Bangun tak jugo sampai!"

Saya mengingati baris-baris ayat itu sehingga sekarang.  Cuma bezanya perjalanan mereka lebih jauh kerana bermula daripada Kg Petaseh, Jelebu menelusuri Pelangai, Telemong, Manchis, sebelum melalui pekan Karak, Bentong, Raub seterusnya ke Felda Sungai Koyan.

Kedatangan kami, dalam empat buah kereta mengejutkan adik ipar dan biras.  Kononnya kejutanlah.  Apa yang dia tak tahu ialah saya dengan Pak Long Sayang saya bertekak-tekak manja lagi tentang lokasi sebenar, Sungai Koyan 1 atau 2.
Pak Long Sayang kena merenjis, dia dah nak lari, kena 'tangkap' dek adik iparnya.

Sebaik sahaja tiba, kami disambut dengan semeja pulut kuning, bersama sambal tumis petai bercampur tempoyak dan ikan bilis.  Tidak ketinggalan sedulang kuih kasui.  Kami, tanpa sarapan, mudah sahaja menyua pinggan mencedok.  Tambahan pula kata Pak Long Sayang saya, sambalnya memang sedap.

Usai menghabiskan sepinggan pulut, pengumuman mempersilakan tetamu menghadapi juadah hidangan tengahari kedengaran.  Kami semua berundur dulu, sedang bersandar menunggu pulut turun ke perut!  Juadah masakan penanggah itu memang sedang.  Beraneka dan saya pula terlupa mengambil gambar sebab asyik mencedok.

Lebih kurang jam 2.00 petang, kami meminta diri.  Niatnya untuk meminta diri lebih awal tetapi kenderaan tidak dapat dikeluarkan kerana terhalang dek kenderaan tetamu lain yang tidak putus-putus berkunjung.

Selamat Pengantin Baru, Firdaus dan Atikah.

Untuk merasai pengalaman berblog tanpa sekatan 8-5 seperti saya, sertai kelas Asas Blog dan Penulisan untuk anda membina blog sendiri.
ATAU
kelas Asas Blog dan Fan Page untuk anda yang mempunyai keghairahan untuk berbisnes, membantu menjana pendapatan keluarga tanpa kekangan waktu.

Hubungi saya Monalita Mansor di Facebook atau emel terus ke monalitamansor@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Yuran kelas adalah sangat munasabah dan berbaloi-baloi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung