Saturday 21 September 2013

Bila Boleh Dapat Duit?




Teks   :  Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Peribadi dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Soalan itu sering ditanya kepada saya satu ketika dulu.  Ketika itu, bank-bank belum menyediakan mesin deposit cek dan tempoh penjelasan cek kadang-kadang mengambil masa sehingga 10 hari.

Saya akan bercerita tentang penjelasan cek ataupun 'cheque clearing'.  Istilah ini terpakai apabila anda memasukkan cek ke dalam akaun dan disyaratkan menunggu di dalam tempoh bertenang yang dikenali sebagai tempoh penjelasan atau 'floating'/'clearance time.'

Tempoh itu diperlukan lebih-lebih lagi apabila melibatkan bank yang berbeza.  Sebagai contoh, anda mendeposit cek di Bank A di negeri Selangor.  Cek itu adalah cek yang dikeluarkan oleh Bank B di negeri Perak.

  Maka, maklumat cek itu akan dipindahkan ke pusat penjelasan Bank A sebelum dipindahkan pula ke pusat penjelasan utama iaitu Bank Negara Malaysia.  Bank Negara Malaysia akan memberi arahan supaya Bank B mengkreditkan amaun tersebut ke dalam Bank A.  Dengan itu Bank A akan mengkreditkan pula jumlah tersebut di dalam akaun anda.

Barang harus diingat, tempoh pemprosesan biasanya 3 hari bekerja akan menjadi lebih panjang sekirannya terdapat cuti umum atau cuti hujung minggu. 

Umumnya terdapat 3 kategori cek;

Cek dalaman - house cheque : cek milik bank pembayar daripada cawangan yang sama/bank yang sama
                                               Tempoh penjelasan : 24 jam

Cek tempatan - local cheque  : cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang berbeza
                                                Tempoh penjelasan : 3 hari bekerja

Cek luar kawasan - outstation cheque : cek yang dikeluarkan oleh bank yang terletak di luar zon 
(bagaimanapun, sejajar dengan peningkatan sistem penjelasan yang semakin canggih, kesemua cek sudah dikategorikan sebagai cek tempatan dan boleh diproses (tertakluk kepada terma dan syarat, seperti entri sebelum ini) dalam masa 3 hari bekerja.)  


Ambil perhatian sekiranya cek didepositkan selepas waktu pungutan (cut off time) sila tambah 1 hari lagi untuk proses penjelasan.

&&&&&&&&&&&&&&&  &&&&&&&&&&&&&&&&&  &&&&&&&&&&&&&&&

Walaupun sudah meninggalkan alam pekerjaan, saya masih memanfaatkan pengalaman dan kepakaran saya di dalam bidang perbankan dengan entri-entri berkaitan.

Dengan bantuan kelas Asas Blog dan Penulisan anjuran Akademi Bekerja dari Rumah, saya semakin yakin berkongsi ilmu, sebagai salah satu cara menambah pencen kubur.  Anda?  

Sila pm saya di facebook Monalita Mansor untuk masuk kelas.  Tawaran menarik menanti anda. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung