Tuesday 17 September 2013

Sama-sama Menjaga Adab

Teks    : Monalita Mansor
gambar: Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Alhamdulillah, syukur dan serasi.  Itulah rasanya ayat yang paling sesuai menggambarkan diri saya ketika ini.  Semakin dalam menyelami dunia blog dan bisnes maya dengan dorongan dan tunjuk ajar guru-guru online dan rakan sekelas.

Jangan kata, guru online dari kelas lain tidak mengajar saya.  Saya mencuri-curi ilmu dari kelas sebelah dengan berjalan-jalan di blog guru-guru dan protege mereka.  


Tadi, saya mengunjungi PPAS, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, cawangan Pekan Seri Manja.  Inilah tempat lepak, kata orang-orang sekarang.  Di PPAS inilah saya menghabiskan masa satu ketika dulu, membina blog, merapi, meriasnya sebelum dihantar kepada Cikgu Aishah.

Mata saya tertancap pada satu laporan akhbar hari ini - lihat gambar.  Serta-merta, kenang-kenangan sewaktu bekerja dahulu menjelma.  Saya tidak berhasrat untuk merasuk fikiran anda dengan panduan-panduan di bawah, hanya sekadar memberi pandangan agar kita menilai sendiri keadaan yang berlaku.



Adab Pelanggan

1.  Tepat Waktu  -  bank mempunyai peraturan waktu yang ketat kerana ia melibatkan kepentingan nyawa pekerja dan wang juga premis.  Pernah dilaporkan perompak masuk ke dalam bank selepas waktu perbankan dengan menyamar sebagai pelanggan.

Ini kerana, selepas waktu bekerja, kakitangan terlibat dengan proses 'balancing' yang jika diganggu oleh pelanggan, akan menyebabkan tugasan mereka akan terlewat.  Ditambah pula jika terdapat masalah-masalah berbangkit lain.

Proses 'balancing' bagi sesebuah cawangan amat penting kerana ia juga melibatkan kelancaran perjalanan transaksi sesebuah bank.

2.  Mengikut Prosedur - patuhi arahan yang ditetapkan berkaitan dengan urusan mengisi borang/prosedur urusan kerana kebanyakan bank mempunyai prosedur yang berbeza.


3.  Rajin bertanya -  sebaik-baiknya, sebelum memulakan urusan, dapatkan maklumat perbankan dengan jelas.  Ini boleh dilakukan dengan bertanya.  Setakat ini, belum ada laporan pelanggan dimakan oleh kakitangan bank kerana bertanya.

4.  Berbudi bahasa - walaupun wang anda berkepuk-kepuk dan anda merupakan 'priority customer' di bank tersebut, tidak salah anda melemparkan senyuman kepada sesiapa yang anda rasakan tidak mempunyai duit sebanyak anda.  Anda berurusan dengan manusia yang beremosi.  Reaksi positif akan membawa impak positif.

5.  Ambil tahu dengan perkembangan mutakhir - ketika saya bekerja dahulu, insiden ini berlaku kerana pelanggan langsung tidak mengetahui tentang hal-hal semasa di Malaysia.  Tidak tahu cuti umum bila, tidak cakna dengan cuti negeri.  Sudahnya, berlaku transaksi hujung nyawa seperti di atas.

Saya tidak akan mengulas adab pekerja kerana mereka tertakluk kepada kod etika pekerjaan yang telah sedia ada.  Sebarang salah laku yang timbul dan jika dibuktikan bersalah, kaki tangan tersebut harus berdepan dengan tindakan tata tertib termasuk dibuang kerja.

Jika kedua-dua pihak mendakwa berada di pihak yang benar, kebenaran akan terbukti dengan ulang tayang CCTV.  Begitu juga dengan kehidupan kita.

Kelas Asas Blog sudah dibuka bagi anda yang ingin membuka kedai online atau ingin mengembangkan bakat berniaga tapi tak mahu meninggalkan rumah dan tangga, hubungi saya untuk maklumat lanjut.  

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung