Monday 16 September 2013

Membanding-banding, kegemaran kita

Teks    :   Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google
http://1.bp.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Membuat perbandingan, satu perkara yang kebanyakan perempuan suka lakukan.  Kalau ke majlis perkahwinan, tempat pertama dijenguk ialah bilik tidur pengantin dan pelamin.  
Tujuannya untuk membuat perbandingan dengan majlis orang lain.  Hebat atau tidak.  Padankah adunan warnanya.  Sesuaikah tidak dengan kedudukan keluarga pengantin.  Boleh dikatakan, semuanya hendak dibanding.

Satu perbandingan lain ialah apabila ke pasar.  Membeli barangan basahan.  Inilah pasar segar yang menjadi lokasi tetap saya membeli lauk-pauk untuk seminggu.  
Kalau berkesempatan, hari minggu kami suami isteri menjengah Pasar Besar Jalan Othman.  Jika tidak, di sinipun menjadi tidak masalah.

Jiran-jiran saya, kebanyakannya suri rumah pun membeli di sini.  Bermakna, di sini juga ahli mesyuarat tingkap berkampung.  Tetapi tidak selalu.  Sesekala terserempak sahaja.  Apabila berbual, tidak dapat tidak isu perbandingan harga, kualiti servis akan dipertikaikan.

"Biasanya saya tak beli ikan dekat sini, mahal!" saya menelinga perbualan dua orang sahabat yang sedang beratur di belakang saya.

"Habis tu beli kat  mana?" tanya temannya pula.

"Saya beli kat Taman Medan.  Kat sana banyak pilihan.  Ikannya besar-besar."

"Jadi, kenapa hari ni ke sini pulak?"

"Tak ada motor."  Jawapannya membuatkan saya tersenyum.

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa pilihan adalah hak pengguna.  Tetapi apabila difikirkan semula dan dilakukan perbandingan, agaknya berapakah beza harga ikan di Taman Petaling Utama dengan ikan di Taman Medan kalau anda tinggal di Taman Petaling Utama?

Katakan harga tilapia merah di Taman Petaling Utama ialah RM8.80 sekilo.  Sedangkan di Taman Medan ialah RM8.60.  Anda tinggal di Taman Petaling Utama.  

Anda menghidupkan motosikal atau kereta dan melakukan perjalanan dalam jarak lebih kurang 2 km.  Jumlah perbelanjaan petrol anda, katakanlah RM0.50 untuk 1 km perjalanan.  2 km x RM0.50 = RM1.00. 
 Jadi kalau benar anda ingin membuat perbandingan berapakah kos tilapia merah di Taman Medan yang anda katakan murah itu sebenarnya?  RM9.60.

RM1.00 jika didermakan ke dalam tabung masjid pada hari itu, dengan izin-Nya dapat memberi kebaikan tidak ternilai kepada diri anda dan keluarga. 

Kelas blog masih dibuka, buat anda suri rumah yang tak tahu nak buat apa.  Blog boleh dijadikan platform mencurahkan perasaan dan juga bakat terpendam.

Belajar dengan guru profesional yang akan membimbing anda dari A-Z.  Hubungi saya di facebook www.facebook/monalitamansor1

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung