Wednesday 30 October 2013

Ulasan Buku : Jah & Od - Soulmate Selamanya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Sebenarnya, sebahagian sedutan novel ini sudah saya baca sewaktu penulisnya memaparkan beberapa para di sebuah grup satu ketika dulu.  Ketika itupun, saya sudah merasakan kelainan daripada segi gaya bahasa yang dibawa oleh penulis ini.

Saya mencari nama penulis di google dan akhirnya mengetahui 'siapa' dia.  Ditambah dengan kenyataan anak gadis saya sendiri, "mak...ini Ainin Naufallah, PTS.  Mak tak kenal ke?"  Selepas saya bacakan beberapa para di dalam novel ini yang membuatkan kain batik tak mahu lekat di badan.

Penulis 'menjahanamkan' bahasa dengan gaya yang tersendiri dan tidak pernah terfikirkan.  Dengan menggunakan teknik penceritaan sudut pandangan orang pertama berbilang watak, penulis berjaya mendekatkan pembaca dengan watak-watak yang tidaklah muda belia benar tetapi huru-hara.

Penulis keluar daripada zon menggunakan nama-nama glamor sebagai penarik cerita.  Walaupun watak sebenarnya mempunyai nama yang cantik seperti watak Od yang nama sebenarnya Hud Nuqman atau Jah yang nama sebenarnya Khadeeja.  Tetapi menggunakan nama watak-watak yang agak 'nerd' seperti inilah yang menjadikan novel ini berbeza.

Penulis melukiskan latar dalam penceritaan dengan terperinci dan menguatkan lagi naskah ini.  Bermula dengan prolog sehingga ke akhir muka surat, gaya bahasa bersahaja dan penuh unsur kecindan membuatkan pembaca tidak kering gusi.

Saya sertakan contoh petikan di dalam prolog,
"Pengsan lagi?"  Kerutan-kerutan pada dahi Tok Kadi Jamil terhasil lagi buat ke sekian kalinya.  Pelik betul pengantin hari ini  Orang kalau baru kahwin bukan main gatal gedik lagi.  Yang ini pelik pula.  Sampai pengsan-pengsan entah berapa kali.  Spontan Tok Kadi Jamil tergeleng-geleng. 


Saya cadangkan seterusnya, anda bacalah sendiri.  Anda akan memahami apa yang ingin saya sampaikan. 

Dapatan : Jah & Od - Soulmate Selamanya, Ainin Naufal, Adiwarna.

Kelas Asas Blog dan Penulisan bukan sahaja menarik minat suri rumah malahan golongan profesional seperti wartawan, eksekutif juga menyertainya, lelaki dan perempuan.  Kenapa?  PM saya untuk tahu sebabnya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung