Wednesday, 30 October 2013

Cakna Untuk Jimat

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Minggu lepas, saya telah berurusan secara online dengan seorang sahabat blogger Wahm SOHO untuk membeli produk makanan.  Inilah kali pertama saya membeli produk makanan secara online dan ini juga kali pertama sahabat saya itu membuat penghantaran sejauh ini, (dari Kedah ke Selangor).

Nak dijadikan cerita, saya terlupakan tentang pesanan tersebut dan dengan berlenggang kangkung dan riang gembiranya menuju ke PPAS, tempat lepak biasa saya di samping membincangkan acara bengkel yang akan diadakan di situ.  

Sepulangnya dari sana, saya menerima memo daripada Poslaju yang terselit di celah pintu gelangsar.  Serahan tidak dapat dilakukan pada sekian-sekian masa.  Sila ambil sendiri bungkusan anda di alamat yang disebutkan.

Sayapun berkira-kira untuk mengutipnya sendiri pada hari Sabtu.  Bertemu janji dengan si dia, tetapi si dia tidak dapat menghantar kerana terikat dengan tugas juga minggu itu kami sibuk sekali dengan urusan kenduri-kendara berikutan kematian ahli keluarga terdekat.  

Sehinggalah Isnin, saya membelek-belek memo Poslaju tersebut.  Sekiranya anda ingin menguruskan serahan kali kedua, sila dail 1 300 300 300.  'Aik! macam mana saya boleh tak perasan?'  tanya hati.  Saya menelefon nombor tersebut dan memberikan maklumat selengkapnya.  

Petang itu, saya menerima panggilan daripada pihak Poslaju Petaling Jaya, tempat bungkusan tersebut di simpan.  Pegawai tersebut meminta saya datang sendiri ke pejabat kerana bungkusan tersebut telah digigit tikus.  Katanya, pihak penghantar tidak memaklumkan di dalam ruangan keterangan di dalam borang Poslaju, jika tidak ia boleh disimpan di tempat yang dikhaskan untuk makanan.

Pulak!  Disebabkan saya tak cakna pada memo tersebut, bertimpa-timpa kerugian yang saya tanggung.  Lalu saya mengambil keputusan menghubungi mereka semula supaya menghantar sahaja ke rumah kerana sayapun tidak dapat mengenal pasti lokasi sebenar pejabat mereka.  Dalam erti kata lain, saya tak sanggup membuang masa sesat barat mencari pejabat mereka.

Moralnya, seperti yang saya beritahu pada sahabat saya itu, kesilapan yang sedikit sebenarnya akan mendatangkan impak juga lebih-lebih lagi untuk perniagaan berbentuk maya begini.  

Begitupun ia menjadi pelajaran berguna buat kami.

Bagaimana saya mendapatkan rangkaian produk makanan secara maya?  Semuanya di Akademi Belajar di Rumah.  Di Soho Directory, pelbagai pilihan barangan boleh diperolehi.  Anda juga boleh mengiklan di situ.
Tunggu apa lagi?  PM laju-laju Monalita Mansor di facebook atau monalitamansor@gmail.com

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung