Wednesday, 30 October 2013

Ulasan Buku : I Love You Cikgu, Imanisa Riana

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.   Bismillah.

Novel yang saya baca untuk menenangkan minda seketika, ialah I Love You Cikgu.  Meskipun sudah lama membelinya dan sudah dibaca separuh, saya meninggalkannya apabila terikat dengan tugas.  Namun begitu, kelembutan Sara Raihana, watak utamanya tetap berlegar-legar di minda saya.

Untuk tahun ini, saya berikan karya bertema kasih sayang untuk novel ini.  Penulis menggarap tema kasih sayang daripada pendekatan berbeza.  Biasa kita membaca tentang pergulatan di antara menantu dan mertua tetapi tidak di dalam novel ini.  Penulis membawa pembaca satu dimensi baru di dalam hubungan menantu dan mertua. 

Susunan bahasa dan plotnya beralun gemalai, tidak terlalu menyulitkan.  Perlukisan watak Chan Chee Hong dan Iman serta digambarkan sempurna, seadanya lelaki yang juga manusia, ada kelemahan dan ada kekurangannya.  Sesuatu yang mencuit hati, sama ada disengajakan atau tidak ialah mengenai watak Aisyah dan Imran yang hadir di akhir cerita tetapi ternyata meninggalkan impak lebih-lebih lagi di kalangan pembaca remaja. 

Novel I Love You Cikgu, membawa persoalan baru yang selama ini tabu di dalam alam kegadisan dibicarakan secara terbuka.  Banyak ilmu bantu dan pencerahan tentang realiti peranan guru dalam dekat millenium ini. 

Saya menerima beberapa kekurangan di dalam novel ini sebagai percubaan pertama penulis dan saya percaya penulis akan memperbaikinya pada masa akan datang.

Dapatan, novel : I Love You Cikgu,  Imanisa Riana, Buku Prima

Sekian.

Saya suka membaca, saya suka menulis, saya sudah mempunyai blog tetapi tidak pernah menulis secara konsisten di blog sebelum ini.  Apabila saya menyertai kelas Asas Blog dan Penulisan, barulah saya memahami beberapa perkara tentang blog, entri dan konsisten.

Ada boleh memahami itu semua dengan menyertai pasukan kami.  Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung