Sunday 27 October 2013

Program Kesedaran Standard di Giant Bandar Kinrara

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Hari ini, demi melayan kehendak Affan yang bising benar dengan gajetnya yang sudah rosak dan minta dibaiki, kami sekeluarga ke Pasar Besar Giant Bandar Kinrara.  Selesai urusan, kami bersantai-santai sambil terus mendekati gerai-gerai pameran yang kami sendiripun tak pasti untuk acara apa.

Apabila didekati, barulah saya difahamkan bahawa satu program disebut Program Kesedaran Standard anjuran MOSTI dan KPDNKK sedang berlangsung.  Apakah itu standard dan relevan atau tidak ia dengan suri rumah tangga?   Jawapannya relevan.

Standard menggariskan ciri-ciri dan prosedur atau keperluan yang akan dipatuhi oleh pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan untuk memastikan produk dan perkhidmatan adalah selamat untuk pengguna dan alam sekitar.  Pematuhan terhadap prosedur ini membolehkan pengguna menikmati produk dan perkhidmatan berkualiti yang selamat.

Kepentingan standard kepada kita, sebagai pengguna adalah untuk memastikan barangan atau perkhidmatan yang kita gunakan atau terima berkualiti, selamat, tahan dan berbaloi dengan harga, keberkesanan penggunaannya setara dengan modal yang dikeluarkan oleh pengguna dan kesedaran pemuliharaan alam sekitar dengan produk-produk mesra alam.  

Program dirasmikan oleh Dato' Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.  Pada sidang akhbar selepas acara tersebut, beliau menegaskan bahawa kesedaran standard di Malaysia perlu dipertingkatkan untuk menjaga kepentingan pengguna di Malaysia.  Beliau juga menyambut baik penglibatan pihak swasta seperti Pasar Besar Giant di dalam program ini kerana secara tidak langsung ia lebih mendekatkan masyarakat pengguna dengan barangan yang mempunyai standard dan mendidik pengguna agar membuat pilihan terbaik.

Kesedaran standard juga penting sebagai langkah saringan keselamatan terhadap produk-produk luar juga untuk memupuk budaya kualiti sejajar dengan tema program tersebut iaitu 'Standard Antarabangsa Pemacu Perubahan Positif.' 

Pelbagai acara turut diadakan bagi memeriahkan program seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, mencari harta karun, ceramah dan lain-lain lagi. 

Sekian

Selain daripada pakej pembelajaran yang fleksibel, Kelas Asas Blog juga menawarkan pakej yuran pembelajaran yang fleksibel.  Untuk maklumat anda boleh klik di sini


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung