Friday, 1 November 2013

Cakna Untuk Selamat

Teks  : Monalita Mansor
Gambar :

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Anak-anak adalah syurga bonda.  Justeru menggembirakan hati anak-anak akan memenuhkan seraga perasaan kasih seorang ibu atau bapa.  Membelikan mainan salah satu caranya.  Bukan tidak pernah kita dengar cerita anak berguling-guling bergolek gelantang di kaki lima kedai kerana tidak mahu berganjak, mahu dibelikan mainan walaupun sudah berbakul-bakul mainan di rumah, sekali lambak lantaipun tidak kelihatan.

Mainan secara umumnya barang yang digunakan untuk menghiburkan kanak-kanak, mempertingkatkan perkembangan minda, menjana daya kreativiti, imaginasi kanak-kanak, juga sebagai alat dalam proses pembelajaran dan membina jaringan sosial kanak-kanak.

Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan Bagi Mainan) 2009 mendefinisikan mainan kanak-kanak sebagai
"Mana-mana barangan yang direka bentuk atau dimaksudkan bagi kegunaan permainan oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat belas tahun"

Sebelum membeli pastikan anda membaca keterangan serta label amaran yang tertera pada bungkusan mainan dengan teliti.  Kenalpasti juga mainan yang mempunyai tanda pematuhan keselamatan  - Malaysia Conformity.

Sekian.

Untuk menyertai kelas Asas Blog dan Penulisan, anda hanya perlukan kesungguhan, minat dan kami menyediakan selainnya.  Tiada kelas, tiada bebanan tugasan, meluncur di alam blogger semahu anda.
Hubungi saya Monalita Mansor untuk maklumat lanjut.

Dapatan : daripada brosur Siri Panduan Pengguna 5/2011 KPDNKK, Keselamatan Mainan Kanak-Kanak.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung