Thursday, 31 October 2013

Bajet Rumahtangga : Memilih Permainan Yang Selamat

Teks   : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Lanjutan daripada entri sebelum ini, digariskan beberapa lagi panduan untuk kita, ibu bapa memastikan permainan yang dibelikan untuk anak-anak kita adalah selamat.



  1. Mainan tersebut sesuai dengan peringkat umur, minat dan kemahiran kanak-kanak.  Jangan belikan mainan seperti Lego buat anak yang baru belajar meniarap dan mengutip segala apa yang ada di depan mata, kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya. 
  2. Mainan 'stuffed toys' atau berbulu halus mestilah diperbuat daripada bahan yang sesuai.  Sesuatu mainan yang mendatangkan impak alergi atau alahan terhadap anak harus dielakkan.
  3. Barang permainan dipasang dengan sempurna dan bahagian-bahagian yang kecil tidak mudah tercabut.
  4. Mainan tidak mudah pecah dan mempunyai bucu tajam dan membahayakan kanak-kanak.  Tiada pin atau dawai kokot pada mainan tersebut. 
  5. Cat pada mainan tidak mudah tertanggal. 
  6. PENTING.  Jika permainan itu dari jenis bertali, pastikan ia tidak melebihi 30 sm panjang.  Tali yang melebihi ukuran ini berisiko untuk membelit kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang berumur 3 tahun ke bawah.
  7. Elakkan membeli mainan menyerupai makanan, dibimbangi disalahanggap oleh anak-anak.
  8. Baca tanda amaran keselamatan pada bungkusan mainan sebelum membelinya.
Langkah pencegahan dibuat sebelum berlaku.  Apabila sudah berlaku dan kita sudah berusaha sedaya-upaya mengelakkannya, maka anggaplah ia satu dugaan, seperti mana yang berlaku kepada insan lain juga.


Sekian.

Info daripada brosur KPDNKK  - Keselamatan Mainan Kanak-Kanak

Promosi akhir Oktober kredit: khairunisahamzahara.blogspot.com

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung