Saturday 26 October 2013

Pengurusan Hutang Yang Baik

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Sumber : janganterlepaspandang.wordpress.com

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Saya percaya daripada 10 orang pembaca blog saya ini, 9 daripadanya mempunyai kad kredit.  Persoalannya adakah benar kad kredit yang menjadi punca seseorang itu terbelit dengan lingkungan hutang?
Jawapannya YA dan TIDAK.

Ya, jika andai tidak pandai menguruskannya dan TIDAK jika anda melakukan perkara-perkara berikut;

  1. Jangan gunakan lebih daripada dua kad
  2. Sentiasa beranggapan bahawa kad kredit adalah sama sahaja dengan tunai
  3. Simpan dan kemaskini rekodnya sama seperti anda mengemas kini aliran tunai anda
  4. Kalau boleh membayar dengan tunai, bayar tunai.  Sorok kad kredit jauh-jauh di poket beg yang paling tersorok
  5. Bayar sekali atau dua kali ganda daripada jumlah bayaran bulanan minima.  Langsaikan terus, lagi baik!
  6. Elakkan mengeluarkan tunai daripada kad kredit - Cash Advance.  Kadar faedahnya 'menjolok langit,' kalau anda nak tahu.
  7. Penyata kewangan kad kredit adalah dokumen yang sentiasa perlu diberi perhatian.  Semak dan pastikan tiada transaksi yang luar biasa.  Segera hubungi bank terlibat jika terdapat sesuatu yang meragukan.
  8. Jika ingin membeli belah secara maya - pastikan kesahihan laman tersebut.

Itlakannya, apa-apa bentuk pengurusanpun apa yang diperlukan ialah disiplin diri yang tinggi.  Sentiasa berwaspada dan berfikir secara waras sebelum mengambil keputusan yang melibatkan kewangan.  

Melibatkan diri di dalam kelas Asas Blog tidak memerlukan kos yang tinggi.  Cukup dengan yuran sekadar empat keping not lima puluh Ringgit Malaysia.  Ada akan dapat e book percuma termasuklah 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung