Gambar : Carian
Google/Sendiri
Assalamualaikum
dan Salam Kreatif. Bismillah.
Monolog berasal
daripada perkataan monologue yang bermaksud ucapan panjang oleh seorang
pengucap. Secara dasarnya ia bermaksud pengucapan yang tidak didengari dek orang
lain. Hanya pengucap atau hatinya sahaja yang mendengar.
Monolog terbahagi
kepada dua iaitu;
Monolog dalaman
Monolog luaran
Monolog adalah
sebahagian daripada teknik plot yang boleh diaplikasikan di dalam cereka untuk
mengembangkan cerita. Selain itu, teknik plot juga mencakupi dialog, imbas
kembali (flash back), imbas muka (flash forward), saspen, kejutan dan konflik.
Contoh monolog;
…Ya Allah,perkenankan pemintaan aku, permudahkanlah perjalanan hidupku.” Hati Amaliah berbisik.
Raiza Khairina, Nota Buat Ayah, Komplot Menulis, 2015
…Ya Allah,perkenankan pemintaan aku, permudahkanlah perjalanan hidupku.” Hati Amaliah berbisik.
Raiza Khairina, Nota Buat Ayah, Komplot Menulis, 2015
Kurungan dialog
‘Hati Amaliah berbisik’ bermaksud watak sedang bercakap sendiri.
…Nanti kalau
beritahu, cepat aje dia nak cerita dekat mak.’ Dia mengomel sendiri.
Darlene Arianna, Ramadan Seindah Ini, Komplot Menulis, 2015
Darlene Arianna, Ramadan Seindah Ini, Komplot Menulis, 2015
Kurungan dialog
‘Dia mengomel sendiri’ bermaksud watak sedang bercakap seorang diri.
….Bukan kerana
terpaksa. Ikhlaskan hati tu,” pujukku sendiri.
Atie Atiya, Kerana Aku Seorang Jururawat, Komplot Menulis, 2015
Atie Atiya, Kerana Aku Seorang Jururawat, Komplot Menulis, 2015
Kurungan dialog
‘pujukku sendiri’ bermaksud watak bercakap seorang diri.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D