Teks : Monalita Mansor
Gambar : www.zailamohamad.com
Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.
Hari ni rasa bangga sangat sebab dapat peluang review blog yang baru sahaja naik takhta ke .com. Siapa lagi kalau bukan milik Zaila Mohamad. Selain daripada blog ini, dia juga mempunyai dua blog lain lagi iaitu Diari Seorang Suri Yang Bekerja Dari Rumah dan Panduan Bekerja di Rumah Buat Suri Rumah Online & Offline.
Tapi itu hanya dua daripada 13 blog yang dia ada. Mak aii...macam mana dia menguruskan blog yang banyak-banyak ni ya. Ibu kepada lima cahaya mata ini sudah berblog semenjak 2008. Maknanya, dia dah tentu arif benar dengan sepak terajang dunia bisnes online. Blog tu macam kedai la. Dia dah ada 13 kedai...'ko ade?'
Satu hal yang saya suka merayau-rayau di blog Diari Suri tu, blog tu banyak gambar dan Zaila letakkan gambarnya besar-besar. Manakala di blog Panduan Bekerja tu, Zaila banyak berkongsi info tentang idea menjana pendapatan pasif dan aktif di rumah. Ada banyak entri-entri menarik yang boleh menghilangkan mengantuk dan meletuskan aura 'membisneskan minda' apabila anda membacanya.
Ini salah satu petikan daripada entri tentang pencapaian beliau dalam bisnes online yang diceburinya.
Ramai yang bertanya bagaimana saya melakukannya? Bukankah saya sudah selesa dengan menjadi sebagai guru online dan mengajar pelajar membina blog. Sebenarnya, terus terang saya katakan bahawa saya seorang yang tamak. Setelah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1,000.00 sebulan, saya rasa saya mampu untuk capai lebih dari itu pula. Tapi, saya harus gandakan usaha saya dengan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan saya.
Apa bisnes Zaila? Ha'ah, apa bisnes Zaila?
Zaila ada macam-macam bisnes. Antaranya nasi Arab, Sambal Kentang, produk pemakanan sunnah dan banyak lagi. Kalau nak belajar berbisnes atau berblog pun boleh. Beliau juga adalah salah seorang penaja hadiah kuiz untuk kuiz pra-tempahan novel Mentua Aku Shogun Tokugawa.
Zaila Mohamad boleh dihubungi :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
antara servis blog Zaila Mohamad |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D