Saturday, 12 October 2013

Ulasan Buku : Masih Terasa, Missa James

Teks :  Monalita Mansor
Gambar :  Carian Google



Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Penyakit saya, kalau keluar ke mana-mana dan berduit lebih, kemudian, bertemu dengan kedai buku, pasti ada sebuah dua buku yang saya akan bawa pulang.  Buku yang saya ulas kali ini ialah Masih Terasa, karya Missa James keluaran Intens Idea International Sdn Bhd.

Missa James adalah ahli grup fb Mari Menulis, sebaik memperkenalkan diri dan novelnya, saya mencari novel tersebut di Google.  'Blurb' nya menarik perhatian saya.  Watak-wataknya menggunakan nama-nama biasa, tidak terlalu berbelit dan glamor.

Apabila memiliki Masih Terasa, saya mulai merasakan keistimewaan novel ini.  Bahasanya agak santai tetapi teknik penyampaian ceritanya agak berbeza.  Naskhah ini sangat 'ramah', hampir 80% saya kira dipenuhi dialog dan monolog.   Jika dilihat sekali lalu ada ketidakseimbangan di situ.  Bagaimanapun, dialog dan monolognya berjangkit pula dengan sudut pandangan yang diketengahkan oleh penulis ini.

Biarpun menggunakan sudut pandangan orang ketiga, penulis dengan bijak menjalinkan teknik monolog hingga pembaca merasakan kisah itu dekat di hati kerana pembaca diajak menyelami sedalam-dalamnya perasaan setiap watak.

Banyak moral yang diperolehi daripada kisah Masih Terasa ini, tambahan pula dengan plot yang ringkas dan beberapa kisah imbas semula yang membantu merancakkan cerita.  Mizan, watak utamanya seadanya manusia biasa mendepani suka dan duka mencari jodoh dengan keadaan terdesak sekali setelah dicabar oleh emaknya.

Daripada situ, dia mengenali erti cinta sejati, cinta yang memang sudah tertulis untuknya dan mengakui hakikat bahawa jodoh sudah tersurat di antara dirinya dengan si dia.  Begitupun untuk bersatu dengan jodohnya Mizan melalui pelbagai halangan yang sebenarnya datang daripada dirinya sendiri.

Halangan-halangan itu yang menghangatkan lagi naskah ini yang menyebabkan pembaca tidak mahu berhenti membacanya.  

Tidak dinafikan sebagai penulis baru, terdapat kelemahan yang masih ketara di sini sana tetapi mungkin dimaafkan pembaca dek kekuatan plot Masih Terasa ini.

Satu perkara yang saya catatkan di dalam entri Mengekalkan Momentum dalam Penulisan ialah membaca.  Tidak kira apa bahan bacaan anda, novel umpamanya, ia tetap akan memberikan input-input untuk terus menulis.

Anda juga boleh membaca ebook Asas Blog tulisan Masayu Ahmad.  E-book yang terhasil daripada catatan-catatan beliau di blog dan berharga RM50.00.  Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan sebuah.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung