Teks dan Gambar : Monalita Mansor
Zaid belum lupa lolongan Ziad yang
memang rapat dengan ibu. Malah Ziad, walaupun sudah boleh mengimamkan
kakak-kakaknya dalam solat masih perlukan pelukan ibu ketika mahu melelapkan
mata. Mahukan hangat tubuh ibu sehingga terlelap. Walaupun ibu selalu memiat
telinganya kerana tidak betah mengenal huruf dho walaupun sudah di tahun tiga,
Ziad tidak pernah ambil tahu. Hari-hari seterusnya, dia tetap menyerahkan
telinganya dengan rela. Mereka, adik-beradik penuh yakin percaya yang ibu
mereka tidak bersalah. 300 peratus.
Masih
belum surut di bibir kedua-dua kakaknya cerita tentang ibu. Cerita rindu mereka
pada ibu tidak pernah surut. Pada detik-detik awal ibu ditahan di Penjara
Kajang, ayah selalu membawa mereka melawat ibu. Berebut-rebut telefon
semata-mata mahu mendengar suara ibu sehingga timbul rajuk dan rengsa rasa.
Resah rindu terlerai biarpun seketika. Air mata ibu berbaur dengan air mata mereka,
melampias rindu yang tidak terbendungkan. Saban malam, masing-masing tidur
bertemankan apa sahaja peninggalan ibu. Ziad apatah lagi. Masuk bulan kedua,
ayah mulai menyenaraikan tugasan yang perlu dilunaskan setiap Sabtu. Ayah
mereka menyenaraikan alasan atau tundaan alasan yang pelbagai.
“Gaji
ayah tak besar. Hari Sabtu ajalah peluang ayah nak buat over-time. Dulu ibu ada
bantu kita…” Ayah bersuara sambil mengusap kepala Ziad apabila adiknya itu
merengek ingin berjumpa ibu seperti sebelumnya.
Dulu, ibu bukan sahaja membantu, malah
kadang-kadang menggantikan ayah. Apa- bila ayah keputusan belanja, ibu menjadi
tempat ayah meminjam duit. Biarpun ibu tidak berkisah kerana reda dan dengan
niat membantu suami, ayah sering mengingatkan dirinya bahawa dia akan membayar
semula. Meski ibu sekadar suri rumah tangga, ibu juga ligat dengan pelbagai
bisnes kecil-kecilan, sekadar me- nambah tabungan di dalam kocek sendiri untuk
membeli lauk-lauk istimewa untuk dihidang buat sang suami.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D