“Cuba
kau tengok muka aku betul-betul…” Rasyid mendekatkan wajahnya. Kemu- dian dia
meletakkan kedua-dua belah tangannya di sisi pipinya. Dicembungkan sedikit.
Haslan sekadar memandang hairan melihat kesungguh- an abahnya mengembalikan
ingatan lelaki tua itu terhadapnya. Katil di sebelah katil Pak Cik Tapa,
kosong. Haslan duduk di situ, meletakkan tangannya di atas peha dan memerhati.
“Kalau
kau tak ingat aku, tak apa. Tapi tentu kau tak lupa Faridah.” Rasyid mengenggam
tangan lelaki yang diberitahu oleh Haji Kamal tadi semakin merosot kesihatannya
semenjak keda- tangan Haslan, beberapa hari yang lepas. Kali ini, genggamannya
mengejap. Desah nafasnya melaju umpama mengejar sesuatu. Haslan sendiri terkedu apabila nama ibunya yang sedang
terkedang, lumpuh sebelah badan di rumah, disebut.
“Aku
nak mintak kau ampunkan Faridah, Pin. Kesian kat dia, Pin,” rayu lelaki yang
berbadan gempal yang duduk bertentangan dengan Haslan itu. Dia melihat ada air
mata yang tumpah dan bersungguh di pipi abahnya. Air yang sama juga mengalir di
pipi Pak Cik Tapa.
“Dia
memang derhaka pada kau. Tapi sekarang dia tengah diuji dengan bahagian dia.
Lepaskan segala dendam kau, Pin…” Kali ini Haslan berdiri. Wajah tua emak yang
terbujur tanpa suara dan hanya berkata-kata dengan upaya mata itu membayang di
ruang mindanya.
“Aku
bodoh. Sebab aku ingat dia setia. Aku kutip dia, bela dia masa keluarga dia
buang dia. Aku ketepikan mak aku, ayah aku, adik-beradik aku sebab dia. Tiba
masanya, dia halau aku dari rumah. Dia campak kain baju aku! Dia lari ikut
jantan lain!”
Ayat
itu berdengung di dalam kepala Haslan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D