Teks dan Gambar : Monalita Mansor
“Ini dia. Atau kalau tuan nak bertemu dengan dia terus?” Tuan Haji Kamal, penjaga rumah warga terdampar itu menawarkan. Sambil mengunjukkan fail berwarna hijau kepada pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Haslan, tempohari. Bebola mata Haslan berkaca dan senyum terukir di bibirnya.
“Ini dia. Atau kalau tuan nak bertemu dengan dia terus?” Tuan Haji Kamal, penjaga rumah warga terdampar itu menawarkan. Sambil mengunjukkan fail berwarna hijau kepada pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Haslan, tempohari. Bebola mata Haslan berkaca dan senyum terukir di bibirnya.
“Boleh
ke?” tanyanya, manakala tangannya terhenti menyelak helaian di dalam fail itu
seterusnya.
“Apa
pulak tak boleh.” Haji Kamal bangun dan membukakan pintu. Haslan turut bangun,
sambil menggosok-gosok batang lehernya. Terasa persendian mengeras dan
adrenalin menderas. Pertemuan ini begitu bermakna sebagaimana bermaknanya acara
bersalam-salaman di pagi hari raya buat keluarga yang selalu rencong di dalam
dan pepat di luarnya.
“Kau
kena cari juga orang tua ni. Jangan tidak-tidak,” pesanan abahnya masih terus
berlegar. Haslan mengharapkan pencariannya
bernokthah di sini.
“Siapa
orang tua ni, abah?” tanyanya sambil meletakkan kembali gambar lama yang
kekuningan diasak masa. Seorang lelaki, berambut afro dengan seluar bell bottom
berwarna coklat sedang tersenyum. Di belakangnya kelihatan lambretta kelabu
yang Haslan jangka sudah menjadi tukun sejak sekian lama. Lelaki itu berkulit
hitam manis dan berbaju t melekat pada tubuhnya yang tidak berisi.
“Kawan
abah.” Abahnya menjawab perlahan. Ada duka yang larut di dalam jawapan itu.
“Kalau
orang jumpa, abah nak suruh orang buat apa?” Haslan angkat muka. Pandang
abahnya.
“Sampaikan
salam abah pada dia.” Sebutir-butir,
dengan jelas, disebutnya.
“La…tu
aja?” tanya Haslan kembali. Tugas yang dipinta abahnya itu tidak seberat mana
kerana dia mempunyai akses terus terhadap warga-warga terbiar atau dipinggirkan
di rumah kebajikan atau yang senasib dengan- nya. Abahnya tidak menjawab. Malah kelihatan- nya
selamba menyisip teh tarik gelas besar yang masih berasap. Jerangkap samar yang
menjadi candu keperluan abahnya, selain daripada rokok, sebatang sehari. Haslan
kembali kepada komputer ribanya yang ditenungnya semenjak tadi.
Petang
awal November tidak pernah mengizinkan matahari tersenyum sehingga mencecah
akhir hari. Hujan musim pejur sudah mula bertugas dan kadang-kadang membawa
sekali pekikan petir dan guruh. Atau lebih menggerunkan membasahi bumi tanpa
silu beriring sapaan ribut ataupun sapuan banjir lumpur. Petang itu, ia hanya
merenik namun terus membasahi sekeping hati yang keresahan. Tanpa Haslan sedar,
abah membuang pandang ke arah bilik di hujung tangga.
“Tuan Haslan. Ni dia. Abang Tapa…ni saya bawa
tetamu. Dia nak sangat jumpa abang.” Haji Kamal bersuara ceria. Lelaki kurus
yang terbaring di katil besi setinggi lutut orang dewasa itu membuka mata. Dia
tersenyum payah.
“Saya,
Haslan.” Haslan memperkenalkan diri sebaik ditanya dengan soalan mudah, “siapa?”
oleh lelaki yang nyata uzur itu, sambil cepat-cepat menggapai tangan lelaki tua
yang sejuk itu. Tuan Kamal menghulurkan sebuah kerusi plastik berwarna merah.
Dengan ucapan terima kasih, Haslan melabuhkan jasadnya dan merapatkan diri ke
tepi katil. Tangan Pak Cik Tapa belum dilepaskan.
“Dah…
kahwin?” tanya Pak Cik Tapa seulas-ulas. Haslan tersenyum. Tidak pasti di mana
relevannya soalan itu tetapi dia menggeleng.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D