Saturday 30 August 2014

1 Hari Lagi - Debaran Makin Menggila

Dari kiri adik mak kandung aku, Pak Cik Tumijan Wahid, abang aku, Ayub Abd Manaf (tengok hidung kitorang kalau tak percaya), jurunikah, almarhum Ustaz Aziz, ayahandaku dan adik tiri dia. 
Assalamualaikum. Bismillah.

Gila kau. Kahwin. Memanglah teruja. Tapi ini langkah paling tekad pernah aku buat dalam hidup. Lepas ni, tak boleh nak paling dah, kalau apa-apa terjadi.

Oh ya. Alhamdulillah. Sesi Jejak Kasih aku selesai tanpa sebarang masalah. Malahan, di hari bahagia ni seluruh keluarga kandung sebelah mak (tapi mak tak dijumpai) sebelah arwah abah termasuk emak tiri aku hadir. Yahoo...Itulah rahmat terbesar buat aku.

Selain daripada mak aku, yang sibuk mulut (matanya dah tak nampak) yang paling sibuk lagi ialah mak-mak saudara dan sepupu sepapat aku. Maklum aje, di sebelah ayah, aku sepupu terakhir yang paling lawa (ahaks) yang berkahwin. Di sebelah mak, aku antara sepupu tertua yang berkahwin. Meriah ooo. Sampai sekarang aku ingat lagi. Aku suka bila semua orang berkumpul.

Kawan baik aku, Budiwati dan kak Norazlina Omar pun ada. Kawan-kawan sepejabat yang lelaki, turut serta baik malam mahupun siang. Indah. Memang sangat indah. Kawan-kawan lain seperti Shima, Kak Ana, Kak Linda, antara orang yang sibuk. Aku ingat mereka. Aku ingat. Malah mak kak Linda yang bersusah payah menginaikan aku.

Selain daripada tu, dah tentulah yang paling gedik menghitung hari ialah pengantin dua orang ni. Aku tak lupa beri amaran sekali lagi, kalau sesat barat, siaplah. Jangan jadi macam masa bertunang hari tu. Emak aku dah siap bariskan 'kemungkinan-kemungkinan' yang aku sebenarnya ditipu la, tunang aku dah lari lah, tunang aku tak mahu bertunang la sebab rombongan yang hantar bertunang dah sesat barat.

Magik tak? Tak lah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung