Tuesday, 26 August 2014

Menghitung Hari: 5 Hari Sebelum Menjelang Merdeka.

Emak dengan ayah. Diorang selalu juga bising bila telefon bunyi tengah-tengah malam buta atau kadang-kadang subuh sapie!
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. 31 Ogos sebenarnya lebih daripada merdeka sahaja buat aku dan suami. Sebab 31 Ogos 1997, kami diijabkabulkan 3 hari sebelum hari lahir aku yang ke-23. 23? muda sangat ke? Entah, tak rasa pulak gitu sebab memang sasaran aku nak kahwin umur 23, kalau bukan dengan dia ni pun. (Cewah!)



Kisah cinta kami tak ada yang peliknya, walaupun bila dah lalui, baru tercetus daripada mulut aku.'Macam plot novel la pulak.' Cinta kami, cinta jarak jauh. Aku tuliskan di blog ni sebab untuk simpanan anak-anak. Ada juga mereka tanya, penatlah aku nak jawab. Nak-nak kalau suruh suami aku tolong jawab. Segala cerita karut-marut akan 'kehensemannya' pun nak dimasukkan sekali. 

Akhir 94, entahlah. Aku pun tak ingat sebab tak fokus sangat pasal dia. Sebabnya, aku dah ada komitmen dengan hamba Allah lain, dah siap berjuang bertekak dengan mak dan ayah sebab nak mempertahankan cinta. (pergh!). Waktu tu, aku baru balik kerja - kerja kilang papan aje lepas tamat belajar. Dengan berbekalkan sudip di tangan, aku angkat telefon. (Masa dulu mana ada telefon bimbit, telefon rumah la. Kalau tak kejar, tak datang tu telefon kat kau...nak habaq mai)

Katanya dia dapat nombor telefon aku daripada kawan sekolah aku. Okay. Malas nak layan sangat, kita ni kan 'girlfriend' orang. Tapi lepas letak telefon, aku pergilah telefon kawan aku tu semula.
"Asal kau bagi nombor telefon aku kat dia?" tak adalah marah, tanya aje.
"Kenapa?"
"Aku dah ada boyfriend la," dengan jujur dan setianya aku memberitahu.
"Boyfriend aje. Bukan tunang ke, laki ke. Lagipun anggap dia kawan sudahlah." 

Yelah. Kawan. Kawanlah sangat!
Serius. Kami memang berkawan. Serius juga, masa mula-mula aku dengar suara dia, aku bayangkan dia ni tinggi, kulitnya putih, rambutnya lurus, badannya kurus. Sebab suaranya berpadanan dengan kesemua kriteria yang aku sebut tadi. 

Seminggu sekali, dia akan telefon. Waktu telefonnya tak tentu masa. Kadang-kadang siang. Kadang-kadang pukul 4.00 atau 5.00 pagi pun dia boleh telefon aku. Telefon memang aku letak tepi telinga dalam bilik. Kadang-kadang tu, talian tu sentiasa engaged, nak-nak malam minggu...hihi. 

bersambung la pulok....

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung