Sengaja dikaburkan... |
Kisah kasih sayang biasa-biasa dengan garapan luar biasa.
Lantunan nubari paling dalam daripada seorang ibu terhadap anak-anak yang kian membesar.
Gurisan rasa anak-anak remaja melayar kisah persekolahan, persahabatan, dendam kecil yang merebak jadi pawaka.
Kisah persahabatan yang melangkau matra. Kisah cinta yang terpisah dek lautan realiti dan fantasi.
Rangkap-rangkap syair yang diangkat daripada Surah Yusuf, menyerak dunia magik surelisme dalam jaga seorang Zaweeya.
Akan beredar di pasaran tidak lama lagi. Sebuah perhentian rehat sementara untuk sang penulis menyangkutkan satu lagi karya buat tatapan anak-anak, syair rindu-rinduan bila bondanya ini sudah pulang ke tempat asalnya.
Dibuka untuk pra-tempahan. Jika berminat, taipkan Kabus Rindu di ruangan komen. Saya akan hubungi anda semula.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D