Sunday, 15 February 2015

Takut Dengan Latar

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Ini bukan masalah penulis otai, semi-otai atau amatur. Ini memang masalah sejagat. Opss jangan sebut masalah. Kita sebut, ujian.

Ramai penulis, ada ketikanya seperti sesat ketika menceritakan latar. Termasuklah yang tukang taip dan tengah menaip ini.

Harapan penulisa sangat tinggi. Iaitu supaya pembaca mendapat visual yang sangat jelas tentang latar penceritaan dalam konsep imaginasi mereka sendiri. Contohnya apabila bercerita tentang padang bola, anda perlu 'lebih sedikit' rinci tentang keberadaan latar itu. Sebuah padang bola yang hijau rumputnya? memang dah biasa, ada padang gol? memang dah biasa (kalau palang gol bentuk H kat padang bola, itu baru namanya masalah)
Maka, bolehlah anda rincikan lagi mengenai keunikan padang tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, selain pembacaan, rujukan, pengalaman juga dapat membantu.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung