Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Hari ni kome nak berceghita pase dialek. Nalar gune bahase standard hari ni, kome balik la ke pangkey jalan. Kome rasa tak lah payoh benor nak memaham bahasa Pahang ni weh. Mekala dok paham tu buat-buatlah paham nyak.
Menggunakan dialek dalam karya atau entri adalah lebih baik daripada menggunakan bahasa slanga. Sungguh. Secara peribadi saya sangat menggalakkannya. Tapi perlulah dilengkapkan dengan glosari. Slanga tu apa?
Slanga tu bahasa harian yang tak ada dalam kamus dan tak diiktiraf dalam hukum tatabahasa. Nak aq bg cth ke beb? takyah la kot. korang pun boleh hadap kat fb. melambak tak hengat.
Dialek tu apa?
Dialek tu ialah bahasa harian orang tempatan (bukan abang 'bang', abang 'myan' atau abang 'i') punya bahasa ya. Tak kisahlah datang dari Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek
sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur
dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan
dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi
sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. 2
Dapatlah dikatakan bahawa dialek dituturkan oleh sekumpulan masyarakat
dalam satu-satu kawasan untuk tujuan komunikasi dalam kehidupan seharian mereka.
http://studentsrepo.um.edu.my/3408/2/BAB_1.pdf
Ingin menjana pendapatan sampingan bersama kami? Saya beritahu.
Hubungi wahana talian di bawah.
Bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah.
Bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah.
berbelit lidoh membacenye
ReplyDeleteterima kasih ustaz, dalam keterpaksaan terbelit lidoh, bace jugek...hihi
Delete