Thursday, 25 September 2014

Macam-Macam Ada 33 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Laras Bahasa

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Cik Mon a.k.a saya a.k.a aku, memang suka membebel. Tapi hasrat suci murni hari ni tak nak membebel dalam blog. Terus sahaja kita kenali laras bahasa. 

Laras bahasa ni definisi mudahnya (ini definisi Cik Mon sendiri) rentak/lenggang/langgam/jenis/gaya bahasa yang kita gunakan dalam penulisan. Dalam penulisan non kreatif ada laras bahasa umum, bahasa saintifik/bahasa teknikal bahasa guaman dan banyak lagi. Dalam penulisan kreatif pun ada.

Sebab tu dalam entri terdahulu yang INI kita kena tahu khalayak sasaran pembaca kita. Satu petua lagi, kebiasaannya pembaca suka membaca karya yang 10 tahun terkedepan daripada umurnya. Kenapa begitu eak? Nanti Cik Mon buat kajian. 


1. Laras bahasa umum (biasa dalam novel kekeluargaan/cinta) 

Nurshila hanya memerhati. Hatinya terusik melihat Idzmir membersihkan kaca-kaca itu. Sebelum ini, belum pernah sekali pun Idzmir membersihkan rumah. Segala urusan membersih dan mengemas, semuanya terletak di bahunya. 
Suami Terhangat, Rafina Abdullah. m/s 201, EMP, Selangor.




2. Laras bahasa kanak-kanak (novel kanak-kanak)

Maqbul selalu menyebut kalimah ibu. Itulah tanda sayang. Kata orang kalau kita sayang dan rindu pada seseorang itu, namanya selalu disebut. Ia berlaku secara sengaja ataupun sebaliknya. 
Maqbul...Naik Haji, Dewi Maslehah Md Yusof. m/s 64, Pustaka Yamien Sdn Bhd, KL



3. Laras bahasa remaja pop (novel remaja/ pertengahan/akhir remaja)

Waktu inilah juga terasa mahu melenyek-lenyek Wilma sampai leper kerana telah menyusahkan hidup mereka yang dahulu sangat bahagia! Sekiranya Betty yang menjadi ketua, tentu perkara sebegini tidak akan terjadi! Ya, sekarang semuanya jadi teringatkan Betty, si gadis gigi besi yang berhati suci lagi murni. 

Nasyid vs Koir, Ain Maisarah & Eima Manan, Blink Book Sdn Bhd. Selangor

Nampak tak perbezaannya? Ada banyak lagi laras bahasa yang kita perlu kenal pasti. Saya sambung pada entri seterusnya. Sabar ya.




Akademi Bekerja di Rumah, menawarkan kelas asas blog dan penulisan, khusus untuk suri rumah yang berminat untuk bergelumang dengan dunia blog tapi tak tahu cara. Ada pakej yuran istimewa dan apa yang diajar ialah :

a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog. (macam kat atas tu, walaupun nampak macam dah sesat barat entah ke mana topiknya)
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. (kalau nak kumpul peminat, inilah masanya)
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. (fokus...bhahaha...)
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. 
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

PM untuk jawab soalan analisa dan kita sama-sama tentukan hala tuju kita. Hala tuju untuk dihubungi ada kat bawah ni. 

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung