Monday, 21 July 2014

Cerita Isi Sampul Hijau

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Duit raya atau 'hong pow' adalah satu kemestian buat mereka yang berkeinginan dan berkemampuan untuk memberi infak dan menggembirakan kanak-kanak, semestinya. Meraikan kanak-kanak, sesungguhnya amalan sunnah seperti yang kita tahu dalam hadis yang masyhur tentang pergaulan Rasulullah dengan kanak-kanak. 

Berikut, saya perjelaskan beberapa isu berkenaan 'duit baru untuk hong pow' di bank untuk informasi anda semua. 

1. Setiap bank diberikan limitasi tertentu, maka mereka perlu menyusun stok mereka untuk memastikan ia dapat memenuhi kehendak pelanggan mereka. Sebab itu mereka meletakkan skop masa untuk menukar duit. 

2. Bukan semua bank akan menerima not yang 'brand new'. Ada juga yang akan menerima not yang dikitar semula (sudah digunakan tapi masih berkeadaan elok) atau 'compressed note' - not terpakai tetapi diperbaiki keadaannya. 

3. Ada baiknya anda mencatat jumlah yang hendak ditukar di atas kertas atau di dalam borang yang disediakan kerana risiko kesilapan sukar dijangka pada waktu sibuk begitu. 

4. Ada bank yang mengadakan kaunter khas untuk tukaran wang, namun ada juga yang memerlukan anda mengambil nombor beratur. Jadi, sila semak notis atau bertanya. 

5. Stok not RM1 dan RM5 cenderung habis segera dibandingkan dengan not-not lain pada Aidil Fitri, Deepavali dan Krismas.

6. Sebaiknya anda menukar wang mengikut jumlah 'stack' iaitu RM100 untuk not RM1, RM5 dan RM10. 


7. Kira wang tersebut di depan pegawai bank sebelum meninggalkan kaunter. Cara mengira, tarik sehelai demi sehelai kerana duit baharu cenderung melekat antara satu sama lain, terutama not RM5. Namun jika anda dapati not tersebut disusun menurut nombor siri, memadai dengan menyelak sedikit untuk memastikan nombor sirinya menurut turutan. Jika menukar dalam jumlah yang besar, minta pegawai mengira menggunakan mesin. Begitu juga dengan not RM1 yang ditukar di dalam nilai RM100.

8. Jaga keselamatan diri, seboleh-bolehnya jangan diletakkan duit tukaran tersebut di dalam sampul surat. Simpan di dalam poket atau tempat yang agak tersorok. Hari-hari menjelang perayaan utama adalah hari panas dan penjenayah sentiasa mengintai khilaf kita untuk diambil kesempatan.


Wallahu Alam



Pendaftaran untuk mengisi slot-slot kelas Akademi Bekerja di Rumah masih dibuka, walaupun hari raya mendatang. PM atau e-mel monalitamansor@gmail.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung