Monday, 21 October 2013

Nyanyuk vs Lupa

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Semalam, (19 Oktober 2013) di dalam status pendek pada laman muka buku, saya ceritakan aktiviti sebelah petang saya iaitu menghadiri majlis khatam Al Quran dan seterusnya menziarahi jiran kami yang diserang nyanyuk atau alzheimer.  

Hampir semua orang takutkan nyanyuk.  Paling ditakutkan ialah ketidaksabaran ahli keluarga melayani kerenah mereka.  Bayangkan semalam, hampir 5 kali kami ditanya soalan yang sama.  Hampir 10 kali juga cucunya diarahkan menenggekkan air walaupun sudah ditegah oleh kami berkali-kali.  

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad daripada www.drzubaidi.com, nyanyuk bukan lagi penyakit yang dihidapi oleh golongan berusia tetapi sudah berjangkit ke golongan muda dan profesional semuda 40an.  Beliau membariskan beberapa faktor penyebab nyanyuk, di antaranya tekanan dan jenis ubatan yang diambil.
Didefinisikan juga antara lupa dan nyanyuk.  Lupa adalah tabiat tidak dapat mengingati sesuatu yang bukan rutin seperti lupa tarikh lahir isteri, lupa tarikh perkahwinan, (seperti yang banyak dialami oleh kaum lelaki!) manakala nyanyuk adalah tabiat tidak dapat mengingati sesuatu yang sangat rutin seperti lupa nama isteri ( ia berlaku!)  

Daripada sudut pandangan agama Islam, mereka yang bimbang digayuti gejala nyanyuk dinasihatkan banyak berdoa seperti saranan Rasulullah dan juga banyak membaca Al Quran.    Bagi yang bukan Muslim pula, mungkin anda boleh mencuba mengaktifkan minda dengan permainan Soduku ataupun teka silangkata yang membolehkan otak sentiasa kekal segar dan aktif.  

Seadanya kita, haruslah berdoa sebanyak mungkin agar usia tua yang bakal kita lalui menjadi saat paling gemilang sebagai jambatan emas sebelum berjumpa dengan kematian.  

SEKIAN

 . Belajar menulis blog secara profesional. Profesional di sini bermaksud menjadi magnet untuk mempengaruhi pembaca dengan entri-entri berbisa, informatif yang membuatkan pembaca terus setia dengan blog kita.

Blog anda mungkin mencakupi - catatan pengalaman - motivasi, inspirasi dan apresiasi - catatan-catatan yang boleh dikompilasikan menjadi e-book


sumber : http://drzubaidi.com/blog/?p=1706

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung