Thursday, 24 October 2013

Bukan Rumusan Melulu

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar; Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Laman sosial hari ini dipenuhi dengan berita gempar tentang seorang kakitangan perbankan yang ditembak oleh pengawal keselamatan bersenjata di dalam bilik kebal di sebuah bank di Subang Jaya.  Innalillah untuk beliau dan keluarga, semoga dia memperolehi syahid.

Berdasarkan pengalaman bekerja, terlalu banyak prosedur yang ketat memang meresahkan.   Tetapi kelonggaran memang memungkinkan risiko.  Berdasarkan laporan blog Anak Sungai Derhaka yang memetik kenyataan sebuah akhbar mengatakan, kesemua kakitangan yang terlibat adalah wanita. Ada beberapa perkara yang dapat saya ketengahkan berdasarkan pengalaman saya

  1. Lelaki kurang berminat bekerja di sektor perbankan. Selain daripada tekanan kerja, kekurangan pasaran pelajar lelaki di universiti juga menjadi masalah.
  2. Prosedur atau SOP harus dipatuhi walau di mana jua.  Bukanlah saya mengatakan ada prosedur tidak dipatuhi tetapi hanya mengingatkan.  Almarhum dan kaki tangan lain mungkin sudah melakukan yang sepatutnya tetapi Allah lebih menyayangi beliau.
  3. Pengambilan pengawal keselamatan secara sambil lewa.  Ini biasa saya lihat, ada pengawal keselamatan yang tidak berdisiplin.  Lari semasa bertugas, tidur (faham kadang-kadang mereka bertugas 24 jam kerana syarikat keselamatan tidak mempunyai pengawal yang cukup), mengambil dadah semasa bekerja, melakukan proses 'unloaded' peluru secara terbuka, menghalakan senapang ke arah kakitangan sesukanya, dan berbagai-bagai lagi.
  4. Daripada laporan akhbar juga menyebut pengawal keselamatan tersebut menggunakan identiti palsu.  Saya tidak mahu mengulas lanjut.
  5. Saya percaya apa yang dilakukan oleh pengawal keselamatan tersebut adalah kerana desakan hidup.  Gaji yang sangat kecil beserta dengan kegiatan sosial seperti berjudi, berhutang dengan ah long, penglibatan dengan dadah menjadikan mereka hilang kewarasan.  
Ini bukan rumusan melulu.  Ini semua berdasarkan pengalaman saya selama bekerja sebagai kakitangan bahagian hadapan di sebuah bank dan melalui semua proses yang almarhum lakukan.  Tak perlu kita menuding jari ke kiri ke kanan atau ke atas ke bawah seperti bertebarannya peluru daripada muntahan pump-gun yang memang sangat berbisa kesannya.


Kalau anda ada rancangan untuk meninggalkan jawatan sekarang, rancanglah masa depan anda untuk menjana pendapatan samping dari rumah.  bagaimana?  PM saya untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung