Tuesday 27 August 2013

Pengalaman vs Sekeping Kertas bernama sijil

Teks.      : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamuaaikum, salam serumahtangga.
Tua atau lama tidak bermakna kaya pengalaman.  Muda tidak bermakna buta akal.  Tetapi ketika berada di dalam dunia perbankan, falsafah tersebut tidak boleh digunapakai.
Berada di barisan hadapan (frontliners) selama hampir 10 tahun banyak membantu saya membaca karekter manusia.  Secara umumnya mereka terbahagi kepada dua. Pertama, berwang, tetapi sangat merendah diri, suka menderma dan mesra alam.  Kedua, papa kedana, berlagak, kedekut dan sombong bodoh tak tentu fasal.

Perhatikan kedua-dua perbezaan di atas.  Perhatikan sikap mana yang datang dengan pakej positif, sikap mana yang datang dengan pakej negatif.  Kadang-kadang kerana kasihan dengan manusia sebegini, kami berikan khidmat nasihat bagaimana mengendalikan akaun khususnya akaun semasa.
Akaun semasa yang biasanya digunakan untuk tujuan bisnes perlu dikendalikan dengan baik kerana sebarang masalah yang timbul boleh menyebabkan akaun anda ditutup dan nama anda disenaraihitamkan automatik oleh Bank Negara Malaysia dan disebarkan kepada semua bank di Malaysia.  Sila jangan pandang enteng hal ini.
Di entri yang akan datang, saya akan perturunkan jenis-jenis akaun semasa yang sesuai dengan tahap perniagaan anda.
Portfolio terakhir saya ialah Mortgage Department After Sales atau nama glamournya Loan Department.  Bagi saya biarpun inilah jantung sesebuah bank, terlalu banyak persoalan berbangkit berlaku setiap hari.  Banyak cerita duka sepanjang menangani bahagian ini.  Begitu juga Hire Purchase department atau nama mudahnya loan kereta.
Percaya atau tidak, pertalian kasih sayang sama ada adik-beradik, anak-beranak malahan suami isteri boleh berantakan apabila membabitkan persoalan kewangan.  Wang dalam akaun hilang diambil anak sendiri adalah cerita paling biasa.  Bermati-matian ibu tua mengumpul duit untuk kos pengebumiannya yang memakan puluhan ribu.  Berhidup-hidup anaknya mengeluarkan wang untuk dijoli.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung