Thursday 29 August 2013

Menjaga Hati Bank Anda

Teks:    Monalita Mansor
Gambar :citraindonesia.com


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Sama ada anda pemilik akaun semasa persendirian ataupun syarikat, penting untuk anda memastikan akaun anda diurus dengan baik.

Apakah maksud diurus dengan baik?



Pastikan wang di dalam akaun mencukupi sebelum mengoyak helaian cek untuk diberikan kepada pelanggan anda.  Sentiasa ingat, sebaik sahaja cek bertukar tangan, dan apabila pelanggan anda menekan butang enter di mesin deposit cek, amaun tersebut akan ditolak daripada akaun anda tepat jam 12.00 malam.

JIKA, berlaku sebaliknya, apakah risikonya?

a) nama anda akan disenaraikan hitam oleh Bank Negara Malaysia, di kesemua bank di seluruh negara.

b)  Akaun anda akan dicaj dengan penalti cek ditendang.  Kebiasaannya sehingga RM150.00 per cek.

c)  Selepas tiga insiden, akaun anda akan ditutup dan peluang untuk membuka akaun di bank lain juga akan tertutup kerana rekod 'bad cheque offences' anda sudah disirkulasi (circulate) ke semua bank-bank di Malaysia.

d)  Peluang anda untuk menikmati kemudahan perbankan lain seperti pinjaman perumaha/kereta/peribadi akan menjadi tipis kerana anda dianggap tidak berupaya menguruskan kewangan anda dengan baik.

Ingatan akhir - jika anda mengeluarkan cek tertunda (PDC), pastikan pelanggan anda tidak memasukkan cek itu pada hari sebelum tarikh yang tertera di permukaan kanan atas cek.  Jika tidak, penyata akaun anda (sekiranya pada masa itu akaun anda kekurangan dana) akan menunjukkan simbol negatif.

DAN,

Barang harus diingat, bank sangat sensitif dengan simbol negatif.


Catatan Sambil Meneman Anak Buat Ulangkaji di PPAS (5)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung