Tuesday 27 August 2013

Menyantun Ilmu

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian Assalamualaikum dan salam serumahtangga,


Anda ada buku nota?  Jika tiada, di manakah anda catatkan peringatan-peringatan tentang bil, senarai barang hendak dibeli, tarikh bayar duit ansuran rumah, kereta dan sebagainya.

Dalam kepala? saya tabik dengan anda.  Andalah supermom!  Tapi bagaimana kalau kita ni pelupa tahap tenuk?  Tahap letak senduk dalam sinki lepas tu meroyan satu rumah mencari dekat tepi kuali.
Saya sarankan dapatkan buku nota. Penting jika anda juga menggalas portfolio kewangan keluarga.  Brigider Jeneral nanti tahu bertanya saja, "awak dah bayar duit kereta? kalau lambat, nanti bank telefon," (kalau pinjaman tu di atas nama dia).

Seorang sahabat saya yang sangat teliti, amat menitikberatkan penggunaan nota dalam hidupnya.  Lebih-lebih lagi apabila berlaku perselisihan fakta dengan pihak-pihak yang memerlukan bukti bertulis untuk menyokong pendapat anda seperti badan kewangan.

"Nobody can bully you," katanya.

Saya ingin mengajak anda berkongsi beberapa pengetahuan yang boleh menjimatkan risiko, masa, tenaga dan akhirnya wang walaupun kita bukanlah pencari wang dalam keluarga.

Menyediakan nota merupakan salah satu cara penjimatan risiko dan wang.  Bayangkan tanpa catatan mengenai 'due date' pinjaman anda, setiap bulan anda telah meningkatkan jumlah bayaran ansuran anda.
Di akhir kalam, sewaktu membuat bayaran akhir (full settlement) anda akan dihidangkan dengan sekian banyak caj yang anda sangka mengarut.  Mulalah tak pasal-pasal perasaan ingin meminjam pump gun pak guard dan menembak mesin ATM satu persatu timbul!

Catatan Selepas Memasak Rendang (2)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung