Friday, 30 August 2013

Deceased Ac's - Akaun Siapa Yang Mati (bagaimana membuat tuntutan)

Teks      :  Monalita Mansor
Gambar :  http://affanbukhary.facebook.com


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.  Itu memang pasti.  Tetapi, saya ingin menarik perhatian anda mengenai tanggungjawab waris dengan badan kewangan apabila berlaku kematian.  Deceased's ac bukan bermakna arwah bangun dan berjalan masuk ke kaunter untuk buka akaun ya!

Saya perhatikan banyak penyimpan khususnya wanita, kurang arif dengan hal membuat tuntutan.  Biasa saya dengar dengan rungutan, lambat proses, banyak prosedur, walhal orang dah lama mati, duit bukan banyak manapun.  Sekali pandang, ia mendera lagi perasaan waris yang ditinggalkan lebih-lebih lagi jika yang ditinggalkan itu ibu tunggal.


Sekarang, pertama sekali.  Apa dokumen yang perlu anda bawa untuk membuat tuntutan?  WARIS dalam terma perbankan ialah isteri/suami/anak/ibu dan bapa.  Harap maklum

1.  Kad Pengenalan anda.
2.  Salinan Kad Pengenalan Si Mati.
3.  Sijil Asal Kematian Si Mati
4.  Surat Wasiat (jika ada), atau apa-apa surat yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah yang mengatakan pembahagian harta/ surat daripada Amanah Raya Berhad
5.  Grant of Probate/Letter of Administration daripada pejabat Tanah (jika ada)
6.  Surat Beranak/Surat Nikah yang disahkan atau apa-apa dokumen yang membuktikan hubungan anda dengan si mati (skandal-skandal, tak main!)
7.  Buku akaun/penyata akaun milik si mati - (untuk tuntutan akaun simpanan/akaun semasa persendirian)
8.  Penyata akaun syarikat (untuk akaun simpanan semasa perkongsian)
9.  Surat daripada rakan kongsi (jika rakan kongsi lebih daripada seorang) bersetuju untuk tutup akaun kerana kematian si mati.

kemudian, tunggu bank memproses permohonan anda.  Kebiasaannya, proses akan memakan masa selama 24 jam melainkan terdapat kenyataan secara jelas di dalam Surat Wasiat mengenai pembahagiaan dan melibatkan jumlah yang besar.

Sekian.  Harap bermanfaat.

Catatan Selepas Sarapan Nescafe Tarik dan dua keping roti canai kosong (6)

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung