Semenjak kematian isteri, akulah bapa dan akulah ibu kepada Izani, Dialah zuriat yang aku ada. Bukan tak mahu mencari penganti tetapi aku tak mahu kasih sayang antara aku dan anakku itu ada jurangnya. Apalah sangat dengan meluangkan masa bersama anak sambil menghantar ke sekolah dan melayan kerenahnya, itulah penawar buat aku. Mendengar celotehnya, buat aku bersemangat untuk berkerja. Di sawah bendang inilah tempat aku mencari sesuap kebahagiaan. Aku rasa bahagia jika aku dapat penuhi keinginan anak. Bapa mana yang tak gembira bila anaknya gembira kerana itu aku sanggup berkerja keras demi anak.
Masa kian berlalu. Sedar tak sedar anakku semakin meningkat remaja. teman bicaranya bukan lagi aku tetapi kawan-kawan sekolahnya. Bila balik daripada sekolah, aku jenguk ke biliknya, terlihat anak ku sibuk melayan telefon bimbitnya, Hanya di meja makan tempat aku dan anak berbual perihal sekolah namun sepatah yang aku tanya, sepatah yang dia jawap. Kami semakin kurang berbual lagi. Entah di mana silapnya. Sebumbung namun tidak lagi sejiwa. Aku semakin sedar kemajuan telah memisahkan jiwa-jiwa kami. Aku cuba mencari jalan untuk merapatkan semula jurang yang terpisah antara kami anak beranak. Aku cuba mengutip sisa-sisa kenangan bersama anak ku namun teknologi benar-benar telah mematikan memori itu. Aku pasrah.
Akhirnya aku mengalah dengan teknologi. Aku menghantarkan luahanku di facebook dengan bantuan sahabatku, Aku tahu, jika bukan hari ini, aku pasti Izani akan tetap membacanya. Luahan itu adalah lafaz yang tersimpan daripada bicara kita yang terpendam.
Abah rindu kamu wahai anak
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D