Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri
Petikan cerpen 'Kekal' tersiar di dalam majalah Jelita 1995
Kenapa tak beritahu dia?” Haiza menyoal lirih. Ellyta mengusap pipi bayi yang kemerah-merahan itu. Sahir pula dari tadi tidak sudah-sudah mencium dahi bayi comel itu. Sesekali, bayi lelaki itu mengeliat kecil.
Petikan cerpen 'Kekal' tersiar di dalam majalah Jelita 1995
Kenapa tak beritahu dia?” Haiza menyoal lirih. Ellyta mengusap pipi bayi yang kemerah-merahan itu. Sahir pula dari tadi tidak sudah-sudah mencium dahi bayi comel itu. Sesekali, bayi lelaki itu mengeliat kecil.
“Adib mana?”
soal Ellyta, menarik Sahir yang agak nakal itu agar duduk diam di atas ribanya.
Sahir meronta-ronta, minta dilepaskan.
“Out station.
Eh kau ni, aku tanya, kau tak beritahu Zam pasal perkara inikah?”
“Entahlah…Haiza.”
Ellyta mengeluh
“Empat tahun
bukan masa yang singkat Elly. Sepatutnya kau dan dia harus belajar menerima
kenyataan,” ujar Haiza, sambil menyentuh pilis di dahinya.
“Tapi Zam
bukan macam yang kau fikirkan. Lembutnya tu menyusahkan orang,” tetas Ellyta.
Serasa lautan luas ternyata menjarakkan penyesuaian yang dibina sekian lama.
“Aku kenal Zam
sama seperti aku kenal kau. Takkan begitu mudah kau nak lupakan semua yang kita
lalui bersama?”
“Haiza…please!” mohon Ellyta. Ada talian halus
yang menarik nuraninya. Sekaligus, ia menyemarakkan kenangan ketika bergelar
pelajar. Terutama ketika mencipta kasih di rantauan sambil mencorak impian
menuju jaya. Ellyta merenung sayu bayi mirip Haiza itu. Seolah-olah ada
pertanyaan yang memerlukan huraian panjang daripada wajah paduan kasih Adib dan
Haiza tu.
“Mama…jom balik.” Rengekan Sahir tidak
dipedulikan Ellyta. Wajah acuan Nahar itu bagaikan tidak wujud.
Ellyta
tersenyum pahit. Menelan liur. Zamani dan kenangan adalah sesuatu yang sukar
diusir pergi. Setiap kali melewati daerah gapura Pantai Timur itu, pada waktu
yang samalah, wangian kenangan itu menusuk pembauan perasaan.
“Aku rindukan
segala-galanya, Haiza. Aku rindukan zaman kampus kita. Rindukan zaman anak dara
kau dulu. Kau ingat tak lagi, ‘kawad leher’ setiap kali bas kita naik lalu kat
Alor Akar?” Ellyta ketawa. Haiza juga.
Namun, ketawa
Ellyta sekadar menutup duka yang berarak datang menyelubungi jiwanya. Angin
petang bertiup perlahan menampar wajah kedua-dua mereka.
“Kau
sebenarnya rindukan Zamani yang dulu,” tuduh Haiza.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D