Saturday, 17 October 2015

3 Perempuan Yang Aku Cinta

Teks : Monalita Mansor

Tajuk kompilasi diambil daripada cerpen ini yang tersiar di majala Mingguan Wanita. Majalah Mingguan Wanita dan Jelita adalah antara wadah menyiarkan karya-karya aku.


Barisan gigimu yang cantik terpamer saat kau melampiaskan rasa ketika aku lafazkan perkataan keramat itu. Aku tahu perkataan itu membahagiakanmu. Mengheret nubarimu jauh tertanam di dasar hati menunjangi rasa indah dan nyaman.
“Awak jangan main-mainlah,” ujarmu tersipu-sipu. Sedangkan kedua belah pipi yang merona merah itu seakan memberi isyarat meminta aku mengulanginya. Lagi dan lagi.
“Saya tak main-main. Sejak saya kenal awak. Saya tak pernah bergurau. Okay…saya memang suka bergurau.Tapi berkenaan hal ini, saya memang serius.” Aku, lantas berterus-terang. Entah dari mana segerombolan kekuatan aku kumpulkan dan panji cinta aku arak sekali untuk menyatakan kesediaan ini. Kesediaan untuk sehidup semati dalam akad yang tersimpul kukuh tanpa ragu.
“Hey! Ini persoalan yang akan menukar status seorang perempuan tau. Sekali terlajak, segala-galanya tak akan bertukar seperti biasa, sama seperti sebelumnya.” Engkau menegaskan. Aku anggukkan sahaja. Bias bahagia semakin cerlang daripada sepasang mata kuyu itu membangkitkan kasih bukan kepalang.
“Istikharahlah. Kalau itu solusinya.” Wah, aku tiba-tiba merasakan ada kopiah putih yang tiba-tiba tercatuk di atas rambutku yang hitam lebat, sebahagian daripada aset yang membuatkannya tidak tidur malam, aku kira.
“Baik, ustaz.”
Nah! Bukan. Sinis lontaran katanya. Mungkin kata-kata sebenarnya membawa maksud begini, ‘kau belum sempurna, mana mungkin memberi nasihat kepada orang lain. Jangan samakan diri dengan buah hati kesayangan Siti Aishah, gadis berpipi kemerah-merahan itu.’
“Janganlah panggil saya ustaz. Saya pernah terbaca. Kalau berada di dua simpang, tak tahu mana simpang yang hendak dituju, berhenti dulu. Tanya pada polis trafik. Dalam kes awak, saya rasa awak tahu siapa yang perlu ditanyakan…’kan?”
            “Awak fikir, saya tak pernah bertanya ke?” Engkau menjeling. Susah mahu aku tafsirkan jelingan dan kenyataan itu. Manja atau sarkastik. Mengenali dirimu, perempuan, menjadikan aku sedikit kalut. Kau perempuan yang sukar diterjah putus fikirnya. Sesukanya sahaja. Kalau bertemu-janji, dan pada saat 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung