Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri
Dia membasuh tangan. Dengan lafaz basmallah,
dia menyuap nasi. Aku lihat, tetamu semejanya berpandangan sesama sendiri. Aku
terperanjat amat. Macam tak percaya. Nama pena yang jarang aku gunakan tapi
diketahuinya.
“Mana
Dato’…”
“Dah..jangan
berdato’-dato’ dengan aku. Panggil aku Mi aja,” ujarnya.
“Mana
boleh! Di tengah-tengah majlis macam ni. Nanti orang gosip kita ada
skandal. Kau tu duda idaman Asia
Tenggara,” usikku.
Hati terus
bergetar. Sesekali pandangannya dalam menusuk. Aku cuba memahami. Namun, masih
bolos. Pengalamanku belum cukup banyak untuk membaca sorot mata seorang lelaki.
“Ya
tak ya juga. Nanti bising pula anak-anak aku,” katanya.
Tersenyum. Aku
tidak bereaksi. Dah namanya duda, tentulah berwaris. Aku memujuk hati. Dia
terus mengusikku dalam riuhnya majlis. Segala momen zaman sekolah diputarnya
kembali. Ada yang tidak pernah terlintas di dalam ingatanku pun.
Dina
Din, penyanyi popular dekad 90-an itu sepenuh perasaan mendendangkan lagu dalam
blok kedua persembahannya. Lagu ‘Apa Saja’, lagu berhantu yang menjadi momok
dalam hidupku sampai kini.
“Lepas
habis sekolah, kita macam burung layang-layang. Bertempiaran. Masa ambil
keputusan SPM, aku tak jumpa pun kau.” Bicaranya bernada hampa.
“Aku
dah ke UK masa tu.” Aku meminta diri ketika lagu ‘Apa Saja’ tinggal 3 rangkap
terakhir.
Sehingga
saat ini,
Aku
belum mengerti
Kenapa
langkah terhenti saat hati mengejari
Persembahan
diteruskan dengan penampilan stand-up
comedian, Joseph Ali. Pelawak pilihan
Dato’ Azmi sendiri. Lawaknya bersahaja tetapi berisi dan kadang-kadang sangat
sinikal. Kali ini aku pula yang ditariknya ke tengah pentas. Mulalah dia
menanyakan soalan-soalan yang bukan-bukan. Mahu aku ketuk kepalanya dengan
pembesar suara! Namun, dia masih
tersengih-sengih dan tepukan penonton bergemuruh.
“Kalau
anda semua mahu tahu, gadis cantik yang masih solo ini, kawan baik saya.”
Joseph Ali memperkenalkan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D