Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam Kreatif.
Bismillah.
Merangka plot atau draf DENGAN
menulis kreatif adalah dua perkara yang berbeza. Hasil ‘rangkaan’ kita itu
digelar draf. Draf pula akan melalui beberapa proses kreatif, barulah ia akan
digelar cerpen, puisi, novel dan sebagainya.
Anda tentu pernah membaca kan, ada penulis-penulis tersohor melakukan proses edit beratus-ratus kali sebelum berani mengenengahkan hasil karyanya.
Anda tentu pernah membaca kan, ada penulis-penulis tersohor melakukan proses edit beratus-ratus kali sebelum berani mengenengahkan hasil karyanya.
Anda tak boleh dakwa diri anda
penulis hanya berdasarkan kemahiran anda membuat draf. Kemudian anda tulis
berjela-jela dengan bahasa draf. Pada akhirnya, anda dakwa ia sebagai karya
kreatif seperti yang tersebut di atas.
Contoh draf :
Contoh 1
Contoh 1
saya dalam perjalanan ke pusat
belia. Dalam perjalanan, saya sakit perut. Sakit perut saya kuat sangat.
tapi bukan sakit nak ter……. Tapi sakit lain. Saya berhenti di tepi jalan. Saya ambil telefon. Saya telefon kakak saya. Kakak saya pergilah klinik. Saya tanya klinik mana. Kakak kata, Klinik Bandar.
kemudian anda tulis begini :
tapi bukan sakit nak ter……. Tapi sakit lain. Saya berhenti di tepi jalan. Saya ambil telefon. Saya telefon kakak saya. Kakak saya pergilah klinik. Saya tanya klinik mana. Kakak kata, Klinik Bandar.
kemudian anda tulis begini :
Contoh 2
Saya dalam perjalanan ke pusat
belia. Dalam perjalanan, saya merasa sakit perut yang amat sangat sehingga saya
rasa hendak menangis tetapi saya tidak menangis. Tapi, sakit perut saya itu
bukan sakit hendak ter…. Sakitnya macam kena cucuk-cucuk. Saya pun berhenti di
tepi jalan dan mengambil telefon bimbit ZenPhone2 yang dihadiahkan oleh ayah
saya pada minggu lepas kerana lulus periksa lalu menelefon kakak saya yang
tengah lepak di kafe kat kolej dia. Kakak saya suruh pergi ke klinik tempat
klinik keluarga yang biasa mak dan ayah pergi kalau saya atau kakak demam atau
sakit.
Contoh 3
Semasa di dalam perjalanan menuju
ke pusat belia, saya sudah merasakannya. Ada sesuatu yang aneh di dalam perut.
Sepertinya ada pisau tajam yang menikam-nikam tali perut. Kesakitannya bisa
sekali. Ia merengat-rengat dan menyebabkan sendi terasa lemah. Ia seperti
menyerang ke seluruh tubuh sehingga peluh-peluh kecil merenek di dahi.
Langkah saya menjadi perlahan.
Adakalanya terhenti terus apabila tali perut saya seperti dipulas dan diperah.
Saya berhenti dan bersandar di dinding perhentian bas. Dengan tangan yang
menggigil-gigil, saya meraba perut beg. Saya keluarkan telefon bimbit dari
dalam beg.
“Kau pergi Klinik Bandar,
sekarang,” arah kakak saya sebaik saja mendengar aduan saya yang payah.
Contoh 1 ialah draf
Contoh 2 ialah draf juga tetapi saya pernah jumpa dimajukan untuk sebuah antologi cerpen
Contoh 3 ialah draf yang dimurnikan untuk kali pertama.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D