Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif.
Bismillah.
Abaikan jika anda penulis dalam
genre berbeza. Lupakan entri ini jika anda penulis aliran mujarad.
Namun, jika anda bercerita tentang
kehidupan sekitar anda, sila baca entri ini.
Apabila menulis menggunakan latar
masyarakat wujud @ masyarakat nyata, pastikan elemen logika dalam latar
dititikberatkan.
Latar Masa
Latar tahun : 1970
Gambaran penulis : spesifikasi
kenderaan abad ke-21 (Proton, motor besar, kenderaan import jenama terkini)
:
LRT, KLCC, Terowong Smart
:
Restoran-restoran francais terkini, Secret Receipe, Old Town White Coffee,
Marrybrown
Contoh : Ketika itu, aku baru
berumur 3 tahun. Pada tahun 1970, emak dan ayah berpindah ke Kuala
Lumpur. Kami terpaksa berpindah kerana ayah telah dinaikkan pangkat menjadi
pegawai khas kementerian. Untuk menghabiskan masa lapang, pada setiap hujung
minggu, ayah dan emak membawa aku bersiar-siar. Kami menaiki LRT dari
rumah kami di Petaling Jaya. Jika ayah
tidak sempat membawa aku bersiar-siar, dia akan menggantikannya dengan
membelikan kek Secret Receipe yang sangat enak.
Latar Masyarakat
Latar : Masyarakat kampung/luar
Bandar
Gambaran penulis : bahasa pertuturan/Manglish/American
English
Watak berstatus Tan Sri/Dato’/ahli korporat yang bercerita tentang tender, golf, skandal dan seputarnya.
Watak berstatus Tan Sri/Dato’/ahli korporat yang bercerita tentang tender, golf, skandal dan seputarnya.
Kampung yang terletak di
pinggir Bukit Batu itu kecoh lagi. Kali ini tentang lembu hilang. Lembu
Usin Sengau yang ditambat berhampiran pokok leban di tepi sungai kecil,
hilang lagi.
“Pukul berapa mesyuarat saya pagi
ni?” Tan Sri sedang bercakap di telefon. Isterinya, sedang menyiapkan
hidangan pagi sambil mendengar pembantu rumah bercerita tentang lembu Usin
Sengau yang gemuk gadang itu.
“Golf? Nobody inform me…! What
time? What’s the problem with all of you, ha?”
Latar Tempat
Latar : Hospital
Gambaran Penulis : menggunakan
terma-terma umum yang berbeza dengan terma yang digunakan di hospital.
Kronologi sesuatu prosedur
perubatan yang salah ; seperti, lepas daftar, terus jumpa doktor. Walhal
terdapat beberapa peringkat saringan yang perlu dilalui.
Saya memandang sekitar. Sekejap
lagi saya akan dibawa ke bilik bedah menggunakan stretcher. Sebelum itu,
saya telah diarahkan menelan pil khas sebelum masuk ke bilik
bedah.
Latar Situasi
Latar : Majlis Kenduri Arwah
Gambaran penulis : watak sedang
bergembira meraikan kejayaannya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan
teman-temannya datang mengucapkan tahniah. Ahli keluarga yang sedang bersedih
juga menjadi gembira dan saling berpelukan. Boleh?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D