Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Nur Syahidah Wan Mahassan, adalah personaliti misteri di kalangan protege Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di dalam kelas saya. Kredibiliti beliau dalam bidang berblog memang tidak dinafikan. Sila klik di sini. Entri-entrinya pelbagai dan kedengarannya sangat tegas dengan pendirian beliau.
Sepanjang mengikuti kelas, dia bertanyakan saya sendiri, boleh tak satu-satu karya itu ditulis menggunakan watak satu jantina sahaja. Apa yang dimaksudkan ialah, dia tidak mahu ada sebarang percampuran jantina yang menjadikan karya itu rosak dan menjejaskan imej penulis di 'sana' esok.
Saya nyatakan, ia tak mustahil tetapi sukar. Kebiasaannya, walaupun tiada watak berlainan jantina, penulis masih cenderung untuk berimaginasi mengenai pasangan lawan jantina, kerana itu adalah realiti hidup. Berpasangan.
Namun, Nur Syahidah atau saya panggil Cikgu Syida, membuktikannya di dalam cerpen Cikgu Mawar. Kisah seorang guru yang buruk sangka terhadap pelajar asrama puteri yang mewakili suara generasi Y yang lantang dan tidak gentar mempertahankan pendiriannya.
Lebih menarik, cerpen ini memperlihatkan kemampuan guru muda ini menggunakan analogi istilah biologi dalam mengaitkan persoalan iman dan amal di kalangan pelajar. Selebihnya kenalah dibaca sendiri. Bukan puji lebih, tapi ini pengalaman saya sepanjang mengedit cerpen tersebut. Setidak-tidaknya, Cikgu Syida mengorak langkah menulis sesuatu di luar kotak.
Alhamdulillah.
Bagi anda yang ingin mengikuti kelas ini, hubungi mana-mana pengurus online (PO) atau mana-mana guru online di akademi dan pastikan anda ada DETERMINATION AND PASSION. Gajet semahal mana pun tidak akan membantu anda seandainya kedua-dua aset itu tiada dalam diri anda.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D