Sunday, 24 August 2014

Resensi : The Kebaya Tales oleh Lee Su Kim

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ketika mencapai buku ini (masih belum naik ke rak perpustakaan) - saya tidak mengharapkan apa-apa. Hanya, saya tertarik dengan pengisian berbaur kebudayaan dan juga sejarah (sebab ada gambar lama di muka surat depannya, maka otak dengan cepat mencerna - nostalgia dan sejarah) Kemudian, saya sebak-sebak, ada gambar lama! Lagilah saya suka.

Ini adalah buku keempat penulis yang juga merupakan wanita pertama yang menjadi presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau kelihatannya masih terlalu menjaga ikatan dengan susur galurnya iaitu turunan Baba dan Nyonya daripada Pulau Pinang dan Melaka, walaupun lahir di Kuala Lumpur. 

Bila saya mulai membaca, barulah saya faham konsep naskhah ini. Ia merupakan himpunan 13 buah cerita pendek yang pelbagai dan hampir kesemuanya berlatar zaman pra-merdeka yang menjadikan ia sangat unik. Sesuai dengan tajuknya 'Kebaya Tales' setiap cerita menyentuh elemen budaya Baba dan Nyonya yang sangat bugar dan menarik. 

Kisah yang paling saya suka dan meruntun hati ialah The Goddess And The Japanese Officer. Kisahnya ringkas, berlaku pada era penjarahan Jepun di Tanah Melayu. Juga, seperti yang kita maklum Jepun dan China adalah seteru tegar bermula daripada Perang Manchu.

Dalam pada itu, penulis tidak lupa menitipkan sejarah dan asal usul Baba dan Nyonya atau digelar juga Peranakan atau Straits Chinese. Mereka sangat unik baik daripada segi adat, bahasa dan budaya  kerana variasinya menggabungkan ketiga-tiga budaya terbesar di Malaysia.

Terlalu banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan di dalam kumpulan cerita ini. Terutama untuk generasi baru untuk memahami secebis makna merdeka itu sendiri. Yang penting, jangan jadi tak seronoh, dengeh cakap orang tua. Baru selamat. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung