Sinkope Tersungkup!
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Sinkope bukan sungkup atau tudung saji, ya. Sila eja betul-betul. Sinkope bermaksud pengguguran suku kata atau huruf dari tengah-tengah kata. Contoh yang paling biasa ialah:
sahaja : saja/aja
itu : tu
ini : ni
tidak : tak
hendak : nak
Tapi yang ini bukan sinkope. Yang ini memang nak kena sungkup!
sahaja : ajer
begitu : giteww
begini : cenggini
aku : aq
kau : ko
Sinkope sebaik-baiknya digunakan di dalam dialog, kerana dialog biasanya berlangsung santai. Jarang kita berdialog dengan dialog bangsawan, "wahai tuan hamba, sudikanlah kiranya pinjamkan hamba barang RM10 untuk hamba berbelanja?" Sanggup? Atau dalam sesetengah drama, "pihak polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti suspek-suspek itu." Ha! itu kalau pegawai polis yang bercakap atau memberitahu umum. Kalau bercakap dengan isteri, dengan kawan, nak bercakap begitu juga....hai, tak tahulah pulak kan?Kecuali kalau naskhah yang ditulis itu naskhah monolog yang menggunakan ganti nama diri 'aku'.
Pendaftaran kelas-kelas online seperti kelas asas akaun, kelas blog penulisan, rakan niaga, dropship dan banyak pakej kelas terus dibuka. PM di facebook atau whatsapp 011-19737269 ataupun emel : monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D