Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Ini merupakan kunjungan kali kedua ke sini, dalam dekad 40 tahun umur kami (masih muda, alhamdulillah) dan selepas 57 tahun merdeka, kasihannya. Untuk pengetahuan anda sekelian juga, tempat ini hanya dikunjungi oleh pelancong asing, terutama sekali warga China. Susah nak jumpa pelancong berbahasa Melayu ataupun Manglish. Mungkin lokasi ini termasuk di dalam itinerari percutian mereka. Pelancong tempatan (kamilah, kononnya), sekitar hanya 10%.
Tempat yang saya maksudkan ialah Tugu Negara. Apa ada di Tugu Negara? Tak ada apa-apa pun. Saya dah tak ingat subjek apa masa kecil-kecil dulu, tapi pernah belajar tentang Tugu Negara ni, di sekolah. Ada sebuah tugu tembaga dan sebuah batu mencatat senarai nama yang terkorban pada perang sebelum merdeka. Itupun tiada tercatat nama warga Malaysia, selain warga British adalah nama yang bunyinya ke Asia Tengah sikit. Sila semak buku sejarah, siapa balaci British ketika menjajah Malaya dulu. Sebab itu agaknya orang Malaysia jarang datang ke sini.
Hari ini, kami menghitung hari, 13 hari menuju dekad merdeka rindu - 17 tahun lalu. Sekejapnya masa berlalu. Rasa baru semalam dok memangkah kalendar dalam diari, membilang hari. 'Gediks' ooo! Hari ulang tahun perkahwinan kamilah! Jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. Tiga hari selepas itu pula kami meraikan ulang tahun kelahiran saya. Tahun ini, sudah 40 tahun. Alhamdulillah. Semoga setiap hari yang berlalu menjadi hari yang bermanfaat kepada diri dan manusia sekitarnya.
Jika anda belum pernah ke sana, jemputlah datang. Percuma sahaja. Tempat parkirnya mungkin sukar sikit pada hujung minggu. Perlukan kemahiran 'mencilok' yang baik juga sebab sempit sikit. Kawasan sekitar tugu lapang namun berhati-hati kalau membawa anak kecil. Tugu negara itu dikelilingi air sebab dibina di dalam kawasan tasik yang dikelilingi air pancut. Nanti, hendak menghayati sejarah negara punya hal, anak kita pula yang terjun tiruk kat dalam tasik tu...Nauzubillah.
oh ya, hari ni ada kru TV3, ternampak Aidid Marcelo untuk program ala-ala Amazing Race sempena merdeka, agaknya la...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D