Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi dan Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Sebentar tadi saya membaca komen daripada seorang sahabat lama di zaman persekolahan tentang persekitaran kami dahulu. Ruang waktu tempat kami membesar yang kini sudah jauh berubah dek desakan waktu.
Ruang latar yang masih sama tetapi sudah berubah dibatasi waktu itu saya namakan Temerloh. Bandar di pinggir Sungai Pahang hasil pertemuan Sungai Semantan dan Sungai Pahang yang disebut Kuala Semantan. Temerloh dikatakan mendapat nama daripada dialek tempatan yang bermaksud tertidur. "Termegheloh" dalam dialek kami, penduduk tempatan bermaksud tertidur sekejap, hasil daripada kisah mulut ke mulut tentang orang Asli yang mudik ke hulu kemudian "termegheloh" di Kuala Semantan.
Satu perkara yang paling sinonim dengan bandar Temerloh adalah pekan sehari Ahad yang terpanjang dan tertua kalaupun bukan di Malaysia, sudah ada semenjak saya belum lahir lagi. Jika di pasar-pasar besar, hanya mak ayah yang tiada dijual, di pekan sehari (penduduk tempatan menggelarnya 'pekan sari') ini mak ayah juga tidak dijual. Tetapi, segala macam mak nenek kelengkapan rumah tradisional seperti tikar mengkuang, senduk, kuali, periuk belanga, kain batik, makanan yang pelik-pelik termasuk udang segar hasil pertarungan melawan 'pontianak' juga kedapatan.
Pertarungan melawan pontianak bukan kisah baru. Ayah dan bonda saya semasa muda dulu adalah penghuni tetap di pinggir Sungai Pahang sebelum ia menjadi lokasi pemeliharaan patin kini. Dulu, udang galah boleh didapati dalam kadar sebaldi penuh semalam, tetapi semangat harus kuat kerana biasanya mereka menangkapnya pada waktu tengah malam di kala pontianak sedang bersenandung!
Kini, Temerloh semakin laju meninggalkan masa lalu. Namun kenang-kenangan di pinggir Sungai Pahang masih indah terlayar di ruang mata. Apatah lagi ketika menghayati 25 Minutes dendangan Michael Learns To Rock sambil mata lekat pada bot penambang yang setia membawa penumpang ke Seberang Temerloh.
Dalam melayan perasaan, hidup harus terus. Mendepani cabaran hidup yang semakin mencabar terutama daripada segi kewangan, ada baiknya anda bersedia dari sekarang. Sertai kelas Asas Blog dengan pakej tawaran menarik, masa kelas yang fleksibel dan guru-guru yang berpengalaman.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D