Saturday 2 November 2013

Menyelami Makna 'Menyimpan dan Berjimat'

Teks   : Monalita Mansor
Gambar :   Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Kamus Dewan Edisi Empat membuat takrifan bahawa jimat itu bermakna tidak boros.  Berhati-hati dan berhemat dalam perbelanjaan atau dalam menguruskan sesuatu.  Fahaman kita, seadanya orang biasa-biasa, jimat itu ialah meletakkan sejumlah wang daripada pendapatan untuk disimpan.  Biasa saya mendengar kenyataan ini, "kalau dapat sepuluh ringgit, simpan sepuluh ringgit, nak makan apa?"  Bermakna, kalau pendapatan sedikit, bagaimana mahu menyimpan?

Hajah Rohani Hj Mohd Shahir dalam bukunya Ke Mana Wang Anda, meletakkan persoalan wang yang berkat sebagai perkara pokok dalam perbincangan bab 1 iaitu Merancang Kewangan.  Kenapa berkat?  apa maksud berkat?

Beliau menekankan supaya sumber rezeki itu sendiri sentiasa diteliti.  Halal dan haram sumbernya walaupun sekadar sebungkus gula-gula, harus diketahui puncanya kerana ia akan menjadi darah daging.  Beliau membawakan keratan surah Al Baqarah ayat 188

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta (orang-orang yang di antara) kamu dengan (jalan) yang tidak betul,dan (janganlah) kamu bawa (urusan harta) itu kepada hakim-hakim dengan maksud kamu hendak memakan sebahagian daripada harta orang (lain) dengan (jalan) dosa, padahal kamu  tahu.  

Sentiasa beringat bahawa ketika merancang perbelanjaan rumah tangga, pemilik harta (termasuk wang gaji kita dan suami) adalah hak Allah secara mutlak.  Ia boleh tiba-tiba hilang dan tiba-tiba bertambah.  Peranan kita hanyalah sebagai pemegang amanah.

Maka sebagai pemegang amanah, amalkan prinsip amanah ketika menguruskannya.

Saya bawakan sedikit lagi pencerahan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai rezeki yang berkat




Sabda Rasulullah S.A.W. (hadis riwayat  Al-Tarmizi) 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan.  Kelas Asas Blog dan Fan Page dijalankan untuk membantu anda, tidak kira siapa untuk mula berniaga secara online.  Hubungi saya Monalita Mansor untuk maklumat lanjut.

Sumber;
Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. 2009. Ke Mana Wang Anda.  Selangor.  Galeri Ilmu Sdn Bhd
Hambafaqir, 17/10/2013 Ustaz Azhar Idrus Tanda Rezeki Berkat diperolehi pada 1/11/2013 daripada http://www.youtube.com/watch?v=b0K620bIA_4

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung