Sunday, 27 October 2013

Berhemat dan Berhemah Menangani Hutang

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Jika anda masih muda rumaja, di dalam hati sedang berbunga mekar cinta di pergola rasa, pastikan perasaan berbunga itu anda akhiri dengan satu visi yang waras.  Menamatkannya dengan perkahwinan.  Masalahnya belanja perkahwinan era ini serba-serbinya melibatkan jumlah yang besar.  Lalu, adakah wajar berhutang untuk melunaskan hajat nan satu itu?

AKPK menggariskan beberapa panduan menangani hutang dengan lebih baik iaitu

1.  Jangan berhutang wewenangnya.  Pastikan hutang itu dibuat untuk mendapatkan benda-benda yang produktif seperti kereta, rumah, perniagaan, isteri...opss! Saya pernah terbaca satu saranan daripada siapa, saya tak pasti.  Jika rasa terbeban dengan pengurusan majlis kahwin, beritahu keluarga bahawa anda mahukan majlis perkahwinan dibuat di masjid selepas waktu Isyak.  InsyaAllah, belanja majlis kahwin itu boleh digunakan untuk membayar harga deposit rumah baru anda. 

2. Pastikan anda mampu membayar balik jumlah yang anda pinjam.  Walaupun bank atau syarikat kewangan menetapkan peratusan komitmen sebelum anda membuat pinjaman, perlu juga anda menetapkan sendiri belanjawan untuk memastikan anda tidak 'tercekik' dengan hutang pada hujung bulan. 

3.  Simpan sebahagian gaji untuk bayaran deposit.  Sebelum merancang untuk membuat pinjaman ada baiknya ada meletakkan peratusan kecil wang pendapatan untuk pembayaran deposit yang melebihi had minima.  Deposit yang tinggi akan mengurangkan jumlah kadar faedah dan jumlah ansuran bulanan anda. 

4.  Disiplin.  Pastikan semua ansuran dibayar tepat pada masanya.  Pada tarikh matang atau beberapa hari awal.  Ansuran yang dibayar lewat hanya akan menyebabkan anda terpaksa menanggung kos penalti pula. 

5.  Jika memperolehi pendapatan lebih, utamakan untuk membayar hutang terlebih dahulu.  



Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” (HR. Tirmidzi no. 1078. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaiman Shohih wa Dho’if Sunan At Tirmidzi)
Al ‘Ir


Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” (HR. Tirmidzi no. 1078. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaiman Shohih wa Dho’if Sunan At Tirmidzi)
Al ‘Ir


 Dengan bergabung dengan kami di dalam kelas Asas Blog anda bukan sahaja memperolehi e-book percuma ini tetapi peluang memperolehi pendapatan lebih.  Hubungi Monalita Mansor di facebook untuk keterangan lanjut.

Sumber :
Dari artikel 'Bahaya Orang yang Enggan Melunasi Hutangnya — Muslim.Or.Id'

 Sumber : janganterlepaspandang.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung