Thursday, 31 October 2013

Ulasan Buku : Wasilah Kasih, Hayati Ahmad

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar :  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Saat menyelak helaian demi helaian novel ini, saya terfana.  Wow! kualiti kertasnya macam novel Inggeris la. 
Wasilah Kasih, buat tangan sulung Hayati Ahmad masih hangat di pasaran.  Novel ini mempertaruhkan tema kasih sayang sejagat, kasih sayang sesama manusia juga alam.  Penulis mengangkat watak Latifa seorang gadis orang Asli suku Semai yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti dan dari sanalah cerita bermula.

Satu hal yang menarik, penulis membawa pembaca mengenali secara terperinci mengenai budaya, kehidupan dan kepercayaan orang-orang Asli yang tidak banyak yang diketahui oleh khalayak umum.  Ya, kita mungkin boleh mengetahuinya kalau kita rajin berkunjung ke Muzium Negara atau Muzium Orang Asli misalnya.  Tetapi, membaca Wasilah Kasih bagaikan maklumat itu terbang sendiri, terpacul di depan muncung.

Penulis menggunakan gaya bahasa yang santai, gaya bahasa orang muda sekarang.  Mudah cerita, walaupun tema cerita ini agak berat, gaya bahasa yang ringan menjadikan pembaca selesa dan ingin meneruskan pembacaan.  

Penulis bijak mengadaptasi ilmu bantu dan kelihatan ia tersalur dengan cantik dan berkesan.  Beberapa babak seperti babak aksi, babak cemas di lebuhraya diceritakan dengan kemas menunjukkan penulis membuat 'kerja rumah' sebelum menulis.  

Penulis juga bijak mengadun cerita dengan isu semasa dan novel-novel sebegini sepatutnya dibaca kerana ia seakan-akan mesin masa yang boleh mengembalikan pembaca kepada beberapa isu hangat dalam negara yang mengubah landskap politik Malaysia beberapa tahun lepas.  

Tidak dinafikan, terdapat kekurangan-kekurangan yang hampir merencatkan pembacaan tetapi ditampung dengan baik dek plot yang tersusun tetapi jangan ditinggalkan walau satu bab.  Jika tidak, anda akan kesesatan kerana penulis bermain dengan teknik sudut pandangan yang sangat licik.

sekian.

dapatan:  Wasilah Kasih, Hayati Ahmad, Karystos Creative

Kelas Asas Blog terus bersiaran dan jumlah pelajarnya semakin meningkat, begitu juga dengan trafik.  Bagaimana mahu meningkatkan trafik di blog?  Walaupun anda mempunyai blog, belum tentu trafik blog anda sekonsisten pelajar-pelajar kelas Asas Blog. Mahu saya tunjukkan caranya?  PM laju-laju. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung